Jumaat, 15 April 2022

Tanam Pokok Peria Katak

 Salam bertani

Wak ada tanam beberapa pokok peria katak di tepi pintu pagar rumah. Nampaknya hidup subur dan tak sangka pula berbuah banyak hingga tak termakan. Dapatlah juga jiran-jiran merasa  buah peria katak.

 Rasa buah peria katak sangat pahit tetapi mempunyai pelbagai khasiat perubatan terutama bagi pengidap diabetes, penyakit kulit dan menurunkan gula darah. Peria katak juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang  mampu mencantikkan kulit dan menurunkan berat badan.




Inilah pokok peria katak yang merambat pagar
 di depan pintu dapur rumah.


Bunga jantan peria katak menghasilkan
 debunga tetapi tidak menjadi buah


Bunga betina peria katak yang akan 
menghasilkan putik buah


Sebiji buah peria katak yang sesuai dituai


Berbuah lebat menjurai pagar


Buah peria katak lebih kecil berbanding
peria biasa



Tuaian buah peria katak untuk menu berbuka puasa


Menu sayur peria katak goreng udang, 
 santapan berbuka puasa petang semalam.

Salam bertani




28 ulasan:

  1. Saya suka makan peria tapi kalau masak kat rumah ni, saya sorang je yang makan. Macam tak best pulak nak masak takde orang makan

    BalasPadam
  2. mak sy suka makan peria katak ni. dlu sy xsuka jugak tp bila dah kerap beli dan makan jadi sedap pulak. hehe

    BalasPadam
  3. Wahhh.. memang padanannya tu goreng dgn udang, wak. Kalau ada ikan kembung goreng, dah cukup sedap ni.

    BalasPadam
  4. Sana la dengan Pak Zain...pokok peria yang dia tanam memang sentiasa berbuah...sedap plak tengok goreng sama ngan udang tu ha....

    BalasPadam
  5. Elok pula berbuah. Saya ada tanam juga dpt la merasa juga sikit, byk buah yg rosak, besar sikit jadi kuning dan busuk

    BalasPadam
  6. Wah, menjadi betul peria katak Wak ni...
    Sedap pulak tengok masakan udang bersama peria tu :)

    BalasPadam
  7. seronok tgk wak menanam pokok semua menjadi ya, jimat dah tu, from garden to kitchen.

    BalasPadam
  8. kawan saya suka betul makan peria ni...saya rasa macam pahit2 gitu...terseksa saya nak makan, tapi yang pahit tu la ubat kan..

    BalasPadam
  9. wah..alhamdulillah..meriah hasil nya. elok2 semua.
    Ibu pun selalu masak peria dgn udang

    BalasPadam
  10. Lebat buah peria katak berkhasiat untuk menjaga mata juga..boleh buat kerepek kudapan raya tu

    BalasPadam
  11. Pokok peria hidup brp lama wak

    BalasPadam
  12. Sedapnya... Makan dengan nasi panas.

    BalasPadam
  13. Masha Allah banyaknya rezeki...
    Ni kalau dapat kat saya haruslah digulai lemak cili api sama udang atau ditumis pedas taucu...Ya ampun...

    BalasPadam
  14. Sampai sekarang tekak saya belum menerima peria katak nie, dah banyak kali try sebab fikir khasiatnya tapi... ber huhuhu jea...

    BalasPadam
  15. Saya asal dulu tak makan dan tak reti nak terima peria katak dan peria lain. Masa dekat company lama, supervisor saya ajar makan dan masak. Sekarang ni, peria katak celur cicah budu pun saya sebat.

    Segar2 peria katak tu!

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum,
    Subhanallah banyaknya buah peria katak WP, saya punya boleh kira dengan jari je, anyway Alhamdulillah.

    BalasPadam
  17. subur pokok wak.jiran2 pun dapat menumpang rezeki wak

    BalasPadam
  18. Alhamdullilah.. meriah berbuah ya pokok peria katak Wak.. seronok tengok..

    BalasPadam
  19. wahhh... suburnya. Buat goreng tepung baru jalan anak2 makan wak.. kalau saya buat tumis memang saya sorang ke makan.

    BalasPadam
  20. Ooo tu pokoknya ye Wak, Saya suka makan peria katak tu, molek plak suburnya...

    BalasPadam
  21. MasyaAllah. masak ranum elok je buahnya semua..
    Alhamdulillah =)

    BalasPadam
  22. Lebat buahnya Tu wah. Seronok makan hasil tanaman sendiri

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah..banyak jugak hasilnya tu. Suka jugak peria tumis atau rebus buat ulam cicah sambal. Rasa pahit pahit sedap dan boleh diterima. Banyak khasiat peria ni.

    BalasPadam
  24. banyaknya wak buahnya. Subur betul pokoknya. pakai baja apa wak

    BalasPadam
  25. Peria ni boleh buat peria crsipy tak WP.
    Peria crispy sedap ralit makannya

    BalasPadam
  26. Goreng tepung pun sedap ni.. buat kudapan sambil menonton.. Rezeki jiran-jiran wak..

    BalasPadam