Jumaat, 4 September 2020

Menuai Serai Gajah


 Salam bertani

Hari ini wak menuai serai gajah kerana ada pesanan daripada seorang peniaga pasar tani. Dia mahukan bekalan serai gajah sebanyak 5 hingga 10 kg setiap kali berniaga. Oleh kerana tanaman serai gajah yang wak usahakan dah boleh dituai, wak setujulah jual dengan harga RM2.50 sekilogram.



Siap menuai lebih kurang 7 kg serai gajah.


Tanaman serai gajah berumur beberapa bulan.


Serumpun pokok serai gajah muda


Tanaman serai gajah yang sudah matang dan boleh dituai


Serai gajah yang dituai sebelum dibersihkan.


Selepas disiang.

Salam bertani.

50 ulasan:

  1. besar gedabak serainyaaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serai gajah ni memang lebih besar daripada serai biasa

      Padam
  2. Waaahh...ni nak tanam serai gak ni...geram tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2an berjaya.
      Serai ni senang nak tanam
      Musim hujan ni sesuai mulakan projek tanaman

      Padam
  3. Wak nak sikit serai, nak rebus kerang ni, tapi tak ada serai..huhu

    BalasPadam
  4. Oh serai yg besar2 tu namamya serai gajah ye wak, fikir sbb gemuk org taruk baja. Pestaim dengar serai gajah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 orang panggil serai paha ayam.
      Kalau subur lagilah besar saiznya.

      Padam
  5. Serai gajah ni saiz besar kan Wak? Keras sikit berbanding serai biasa. Ada orang panggil serai paha ayam, betulkah Wak?

    BalasPadam
  6. Rezeki wak,besar jugak saiznya

    BalasPadam
  7. serai pun ada macam2 jenis rupanyaa ya wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada macam2 jenis serai.
      Jangan masak guna serai wangi sudahlah.

      Padam
  8. Alhamdulillah tapi harganya macam xberpatutan saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harganya macam tulah lebih kurang.
      Dulu2 masa wak jual sendiri kat pasar tani, 4 batang seringgit.

      Padam
  9. Seronok datang ke kebun maya Wak ni. Macam-macam tanaman sy boleh kenal. Ingatkan semua serai tu sama je. Tak tahu pula ada baka serai gajah.
    Moga beroleh keuntumgan besar Wak!

    BalasPadam
  10. kalau tanam serai nak kena siram hari2 ke? Saya baru tanam serai ni.Baru seminggu dia naik la sikit dah dalam 2,3 inci. Tapi risau la nak siram banyak. 2 hari sekali je saya siram.Takut dia jadi buruk dan mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak penanaman memang perlukan penyiraman yang kerap.
      Seeloknya rendam dulu benih serai tu sehingga mengeluarkan akar.

      Padam
  11. Assalamualaikum wp,
    tak sama ke serai gajah dengan gerai peha ayam? ke sama je.. apa pun selamat menuai serai gajah wp. murah rezeki..

    BalasPadam
  12. Banyak tanam serai sampai boleh jual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serai ni tanam sepokok pun boleh cukup stok dapur kita.

      Padam
  13. Kalau dekat leh pi tgk kebun wak😊😊

    BalasPadam
  14. alhamdulillah, helokkk pokok durian tu...ehhh, serai tu...hahhahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang wak tanam serai ni kat dusun durian yang baru ditanam.
      Tu ada gambar anak durian udang merah depan serai tu

      Padam
    2. tu la pasal...menarik perhatian pulak nengok pokok durian tu..hahahahha

      Padam
  15. cantik serainya..boleh la buat jual kan wak :)

    BalasPadam
  16. lebih wangi aromanya kan..berbanding serai paha ayam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serai gajah dengan serai paha ayam ni sama Kam.
      Lebih wanggi lagi serai kampung.

      Padam
  17. Dinamakan serai gajah sebab saiz dia besar ke wak? Seronok tgk hasil tuaian

    BalasPadam
  18. wahh bestnya tengaok barisan serai tu..x tau pulak namanya serai gajah...saiz lebih besar dari biasa ke wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serai gajah ni saiznya lebih besar.
      Lebih menguntungkan jika diusahakan untuk komersial

      Padam
  19. semoga wak sentiasa dpt menjual hasil tanaman dgn jayanya.

    BalasPadam
  20. serai gajah ni biasa guna untuk apa ya WP? sebab saya cuma biasa jual serai kampung saja

    BalasPadam
  21. Teringat serai kat kampung saya. Tapi tak tahu serai apa, cuma yang pasti bukan serai wangi.

    BalasPadam
  22. Unttung tak kalau bisnes jual serai?

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah. banyak hasilnya. Bersih wak bersihkan serai tu. untung membeli macam ni.

    BalasPadam
  24. Serai gemuk2..baru tau..nama serai gajah..Alhamdulillah ..hasil sentiasa segar bugar..untungnya berbakti pada tanah..membuahkan rezeki

    BalasPadam
  25. Segar dan gemuk2...geram plak SA tgok serai tu

    BalasPadam