Khamis, 10 September 2020

Jendela Diari Tani (JDT) 01

 Salam bertani


Jendela Diari Tani ni kira macam photo diari jugalah. Wak nak uploadkan gambar-gambar aktiviti tani yang tak masuk dalam mana-mana entri wak sebelum didelete daripada hp. Kalau dapat terbitkan seminggu sekali pun okaylah juga.


Pokok betik ni tumbuh di depan rumah.
Sebiji buahnya tu dah boleh tuai.


Adik wak di KL balik kampung.
Balik KL wak bekalkan buah nangka madu, buah keladi,
buah pisang kapas dan sembelihkan ayam kampung .


Anak ayam kampung baru turun tanah minggu ini.
Dah hampir dua bulan umurnya.


Buah hati wak di tepi sungai
Si Covid 20 dan Si Corona


Dah musim cempedak sekarang.
Tahun ni hasil cempedak kurang sebab banyak yang buruk
tak sempat balut.


Budak jantan ni dah 2 minggu bermustautin di rumah wak.
Tak taulah orang buang atau pun sesat.
Dah mandikan, dah syempoo, kasi ubat kutu jadi hensem pulak.
Anak wak namakannya si Otto.


Tuaian dari kebun semalam.
Masuk esbok, 2/3 hari habislah.

Salam bertani.

21 ulasan:

  1. betik tu nampak macam panjang dari biasa pula

    Bestnya ada macam2 buah!!

    comelnya si otto!!

    BalasPadam
  2. panjang betul betik tu wak, kalau kat kampung selalu pokoknya sengkleh kalau buah lebat...

    bestnya balik kampung dapat macam2 hasil kampung...
    geram je lembu2 tu tengok wak masa amik gambar, geram sebab bagi nama tak sedap kt diaorang heheheh

    cantiknya wak kucing tu, klimis je bulunya

    BalasPadam
  3. betul apa tu wak, betul2 panjang ..tak pernah lihat

    BalasPadam
  4. geram tengok betik tu wak, lama dah tak makan betik :)

    BalasPadam
  5. Panjangnya betik tu, mesti manis buahnya ye wak. Untung ada abamg mcm wak, balik kampung dpt mcm2 buah tangan, tingin nak jadi adik wak juga, hehe.
    Wak siyes comey si otto tu, hidung dia mcm pakai mask warna putih plak kan

    BalasPadam
  6. Hai Otto.Hehehehe.Durian belanda tu sedapnya.

    BalasPadam
  7. Salam kenal buat Si Otto yang hensem tu.

    BalasPadam
  8. Ayam kampung spring chicken sedapnya tinggal beberapa minggu lagi tu hehehe...
    durian belanda buah banyak tapi habis jadi makanan tupai. Telan air liur jelah tengok durian belanda dari kebun Wak.

    BalasPadam
  9. Bestkan bila berbudi pada tanah. Banyak hasilnya

    BalasPadam
  10. Wah..macam2 wak ada!
    Siap ada Corona & Covid ­čśä

    BalasPadam
  11. hahahaa..hai si corona si covid20 dan si otto ..pemes ahh msk blog wak ^_^

    BalasPadam
  12. comel otto rezki tu..besar dh covid n corona

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah. Meriah betul hasil tani wak

    BalasPadam
  14. durian belanda tu kalau kat pasar bkn main mahal harganya

    BalasPadam
  15. MEreciknya nampak durian belanda tu WP.
    Kemahen Otto pandang camera encem boy idung pink

    BalasPadam
  16. Rezeki wak pokok betik tumbuh depan rumah. elok buahnya pun. Alhamdulillah rezeki orang KL dapat bekalan dari kampung. Comel kucing tu wak. Jangan dah bersih gitu nanti ada orang claim dia punya pulak.

    BalasPadam
  17. Suka betik panjang dan buah durian belanda tu..memang sedap..

    BalasPadam