Khamis, 28 Mei 2020

Merumput Tanaman Keladi

Salam bertani

Hari ini sepagian wak bekerja merumput di kawasan tanaman keladi di kebun. Hujan yang kerap turun menyebabkan rumpai tumbuh subur di kawasan tanaman keladi. Rumpai perlu dibuang supaya mengelakkan persaingan dengan tanaman untuk mendapatkan nutrien, ruang dan cahaya matahari.

 Alhamdulillah senang hati apabila melihat kawasan tanaman bersih dan menghijau. Wak menggunakan alat manual yang sangat efektif membuang rumpai jenama 10J.


Kawasan penanaman bibit keladi yang telah dibersihkan
daripada rumpai.


Keadaan sebelum merumput.


Selepas dibuang rumpai


Pokok rumput israel tumbuh di kawasan tanaman keladi mawar


Setelah dibuang rumput.
Anak keladi juga perlu dibuang/diubah untuk
 mengelakkan persaingan dengan induknya.


Sebelum dirumput


Selepas dirumput


Sebelum dirumput


Selepas dirumput


Sebelum dirumput


Selepas dirumput.
Bayang2 wak sedang jepret gambar


Pokok keladi putih/minyak dewasa.
Bulan ogos nanti baru boleh tuai.
Pokok keladi putih tidak mengeluarkan sulur
tetapi mengeluarkan anak pokok di sekeliling umbisinya.
Anak keladi putih sesuai dijadikan sayur keladi
kerana tidak gatal.

Salam bertani.

46 ulasan:

  1. sedapnya keladi..sy ada sorang anak yang suka sangat makan keladi goreng, makan pulak cicah sambal kicap..peghh..sedap sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pun selalu kudapan keladi goreng cicah sambal kicap.
      Makan panas2 dengan teh O memang uump

      Padam
  2. Dah lupa dah rasa keladi macam mana haha lama tak makan
    .
    Selamat berkebun wak! Selamat hari raya juga... :)

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya wak🙏🙏
    Lama tak makan keladi ngan sulur keladi🙋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam syawal
      Sesekali dapat makan sayur keladi enak juga.

      Padam
  4. seronok nya bercucuk tanam...
    selamat hari raya, maaf zahir batin!

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya wak.
    Sihat selalu ye wak!

    Seronok bercucuk tanam. Nanti makan hasil je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah wak sihat
      Hari2 memerah keringat
      Salam syawal juga

      Padam
  6. Wah! Banyak hasilnya nanti, beranak-anak pokok keladi tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok keladi memang cepat beranak pinak.
      Anaknya perlu dibuang atau diubah ke tempat lain untuk mendapatkan buah keladi yang besar

      Padam
  7. rumput israel? Adoi laaaa! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang panggil rumpur israel sebab sikapnya seperti
      bani Israel. Cepat membiak dan menguasai ruang.
      Tapi ia sesuai dijadikan makanan ternakan.

      Padam
  8. RUMMPUT XDIBUANG KURUS KELADI XBERISI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu PI sebab rumput menggunakan baja yang kita berikan kepada tanaman.

      Padam
  9. seronok tengok kwsn tanaman yg bersih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam kat rumah kita juga.
      Nak selalu kemas dan bersih baru seronok.

      Padam
  10. tanah nya subur rumput pun bukan main subur tumbuh ye wak... batang keladi sayur la yg selalu orang masak kan wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Batang keladi putih/keladi minyak yang sesuai dibuat sayur.
      Kalau keladi lain, nanti gatal.

      Padam
  11. masa kecik emak buat sayur keladi sbb ada byk tanaman ni di blkg umah.

    BalasPadam
  12. Seronoknya wak. Moga satu hari nanti ada rezeki utk sy juga berkebun macam wak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah
      Wak doakan agar impian pn tercapai nanti.

      Padam
  13. Masak asam rebus sedap ni kan wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang sesuai dimasak asam rebus ialah keladi putih.
      Tambah ngan siput sedut.

      Padam
  14. Balasan
    1. Ni tanah separa gambut
      tanahnya memang gembur dan kaya bahan organik

      Padam
  15. Balasan
    1. Umbisi keladi sedap digoreng atau buat pengat/bubur.

      Padam
  16. bagaimana alat merumput manual tu Wak, nanti tunjuk lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alat manual merumput tu semua orang ada.
      10J tu ialah 10 jari tangan kita.

      Padam
  17. Seronok tgk pokok keladi berderet2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok tenguk kalau subur dan bersih kawasannya.
      Ada sekali tu sedih juga, babi hutan masuk dan makan beberapa pokok keladi tanaman wak tu.

      Padam
  18. Lama tak makan keladi...biasa wak masak apa dengan keladi putih ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak asam rebus atau masak lemak dengan siput sedut.
      Pn is3 wak tak berapa minat sayur keladi ni. emak wak yang terror masak.

      Padam
  19. byknye pokok keladi....sdapnye sayur keladi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali buat sayur bolehlah layan
      Kalau selalu jemu juga.

      Padam
  20. Sukur keladi tu keladi yg ni ke wak...mesti sedap ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. keladi putih ni takde sulur.
      keladi mawar pun sulurnya pendek2.
      Yang banyak sulur ialah keladi cina.

      Padam
  21. Keladi putih dengan keladi momoi adalah benda yang sama ke wak?

    BalasPadam
  22. Wak tak pernah pulak dengar nama keladi momoi.
    Mungkin sama kot.

    BalasPadam
  23. Kalaulah ada tanah, banyak tanaman saya tanam Wak..saya suka cucuk tanam, tapi duduk plak bandar ermmmm

    BalasPadam
  24. Kemain subur dan sehat tanaman wak..

    BalasPadam
  25. Banyak keladi wak tanam. Buat sayur memang sedap. lama tak makan sayur keladi.

    BalasPadam