Isnin, 27 Januari 2020

MB 120 : Pokok Pisang Istimewa

Salam bertani


Pokok pisang ini kelihatannya sudah mati kerana batang dan daunnya sudah kering sekian lamanya.
Malah sebahagian daripada batangnya sudah reput dan tumbang menghempap pokok di sebelahnya.



Sejak beberapa hari yang lalu, wak baru perasan pokok pisang ini mengeluarkan jantung pisang
di tengah-tengah batangnya yang reput itu.


Jantung pisang mula kembang dan kelihatan putik-putik buah pisang yang dihasilkan.
Pisang istimewa ini memegang prinsip ' selagi hidup biar berbakti'.
Kalau manusia mati meninggalkan nama, pokok pisang mati meninggalkan hasilnya.

Salam bertani.

31 ulasan:

  1. Subhanaallah Wak, istimewa sungguh demikianlah dengan izinNya semua itu boleh sahaja terjadi. Nanti share ye buah kalau dah masak , in shaa allah

    BalasPadam
  2. subhanallah wak... memang betul betul ajaib ni wak, kira macam pokok tu ada pokok lain dalamnya ye wak...
    dulu masa dana kecil pokok pisang rumah atuk pisang tu dah berbuah sekali, pokoknya atuk dah tebang separuh tup-tup kat batang yang masih berdiri tu keluar jantung pisang macam ini jugak... itu atuk cakap, pepatah pisang tak berbuah 2 kali tu tak tepat hehehe... cuma tak banyak la kejadian gitu terjadi

    BalasPadam
  3. Ada pokok yang masih hidup rupanya.

    BalasPadam
  4. Subhanallah pelik tapi benar ya WP

    BalasPadam
  5. Subhanallah, Allah Maha Berkuasa...hidup subur seperti pokok hidup..mungkin dalamannya masih hidup..

    BalasPadam
  6. SUBHANALLAH KEMENJADIAN ALLAH SEGALANYA BRGUNA N KETARA MAKSUDNYA

    BalasPadam
  7. belakang rumah rabia ada pokok pisang jugak

    BalasPadam
  8. Pisang apa tu wak...selalu dgr pepatah,pisang berbuah sekali ja

    BalasPadam
  9. Kalau berbuah nnt tak takut nak dimakan ke?

    BalasPadam
  10. subhanallah, pokok pisang ini menguatkan iman dan keyakinan kita bahawa DIA maha berkuasa atas apa sahaja.lazimnya hanya pokok hidup yang berbuah, tapi dengan izin dan kuasaNya, tidak mustahil pokok yang mati juga boleh mengeluarkan buah..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum wp,
    tgk pic pokok pisang yang wp tepek di sini, teringat pokok pisang arwah ibu dulu. sama kondisinya walupun dah mati tapi mengeluarkan hasil..

    BalasPadam
  12. pisang xkan berbuah dua kali dh x relevan lg npknya...berbuah ikut btg lg

    BalasPadam
  13. subhanallah. bukti kekuasaan Allah SWT :)

    BalasPadam
  14. Allahuakbar.Bila DIA mahu segalanya mungkin tiada yang mustahil.

    BalasPadam
  15. wahhh.. ingatkan da nak kena tebang la tu..
    cepat2 dia kluarkan jantung hihi..

    BalasPadam
  16. Susah nak jumpa keadaan begini. Syukur WP.

    BalasPadam
  17. Dah beberapa kali nampak org share kat grup kebun fb, tapi blm jumpa yg betul2 jadi buah yg sesuai dimakan.

    Nanti Wak update tumbesaran dia ya.

    BalasPadam
  18. wah menarik...maknanya takde la relevan lagi ayat pisang tidak berbuah 2 kali..sebab dah nampak dah ni dua kali berbuah..

    BalasPadam
  19. Subhanallah Kalau dh rezeki x kemana

    BalasPadam
  20. Rezeki wak ni. Memang istimewa sangat

    BalasPadam
  21. SubhanAllah.. Berbakti sungguh pokok pisang ini..

    BalasPadam
  22. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    BalasPadam