Ahad, 16 Disember 2018

Buah Labu Sayong

Salam bertani

Ada sepohon labu air memanjat tanaman lain dan sudah mula berbuah. Tak sangka pula buahnya berbentuk labu sayong. Labu air seperti  ini biasanya dipanggil labu botol dan ada juga yang memanggilnya buah labu sayong. Tembikar labu sayong mungkin mengambil sempena daripada bentuk  buah labu botol ini.

Pokok labu sayong ini mudah ditanam menggunaka biji benih matang. Ada juga yang menanamnya melalui keratan dahan yang berakar (yang menjalar di atas tanah). Ia mula berbunga selepas 3 bulan ditanam. Ia mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina seperti pokok labu manis dan hanya bunga betina yang akan membentuk putik buah.

Labu air jenis ini enak dimasak tumis air atau masak lemak. Kandungan airnya yang sangat tinggi dikatakan sesuai untuk menyejukkan badan. Kandungan seratnya yang tinggi pula, elok untuk sistem pencernaan kita dan sesuai dimakan oleh orang-orang yang ingin mengamalkan pemakanan diet. Pucuk dan daun muda labu sayung pula boleh dijadikan sayuran, dimasak goreng atau lemak putih.


Buah2 labu sayong bergantungan di pokok
 

Bentuknya seperti tembikar labu sayong


Mengeluarkan bunga di bahagian pucuk yang menjalar
Pucuknya boleh dijadikan sayuran.


Sudah boleh dituai



Bunga jantan dan bunga betina.
Hanya bunga betina yang akan membentuk putik buah.

Salam bertani.

5 ulasan:

  1. Wak, labu sayong ni wak masih ada ka? Saya tgh cari labu sayong yang sudah kering

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..nak tanya labu sayung ada tak lagi.saya sangat memerlukan untuk perubatan anak saya.

    BalasPadam