Sudah beberapa kali WP menemui 'telur ayam jantan' di dalam sangkar telur ternakan ayam yang WP usahakan. Biasanya telur-telur tersebut WP simpan sahaja kerana jarang-jarang ditemui. Telur 'ayam jantan' dikatakan tidak akan rosak atau busuk walau pun berapa lama kita simpan.
Pagi ini WP merebus empat biji 'telur ayam jantan' untuk melihat isi kandungannya dan mencuba sendiri rasanya. WP pernah menyiarkan entri tentang 'telur ayam jantan' di sini.
4 biji 'telur ayam jantan'
Saiz 'telur ayam jantan' berbanding dengan telur burung puyuh.
Telur burung puyuh nampak lebih besar
Merebus 'telur ayam jantan' dan telur burung puyuh.
Kandungan 'telur ayam jantan' rebus yang telah dikupas
Keratan rentas kandungan 'telur ayam jantan' rebus.
Hanya mengandungi putih telur sahaja.
Rasanya sama seperti putih telur ayam biasa (yang direbus).
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan