Pada pagi ini beberapa biji durian dari kebun WP dah mula gugur. Cuma ada beberapa pokok yang berbuah kerana kebanyakan durian yang lain telah berbuah pada musim yang lepas. Ini adalah musim buah-buahan tahunan sebenar kerana kebanyakan pokok buah-buahan lain termasuk rambutan, pulasan, cempedak, kuini dan manggis juga berbuah.
Harga buah durian kali ini dijangka tidaklah begitu mahal seperti musim yang lepas .Ini kerana bekalan kali ini sangat banyak memandangkan kebanyakan buah durian menjadi dengan lebat. Dalam seminggu lagi dijangka bekalan buah durian akan berlambak di pasaran.
Lemak, pahit manis dan berkrim
Kutipan sulung buah durian pada pagi ini
Hasil daripada 3 pokok yang berlainan
Dua biji buah durian daripada pokok yang berlainan
Isi durian yang dibuka
kucing tidur
(seulas sepangsa)
Dua ulas sepangsa
Tiga ulas sepangsa
Sebiji lagi
Jemputlah makan
Biji yang kesep.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan