Selasa, 3 Oktober 2017

Pokok Palma Hiasan

Salam bertani

Pokok palma hiasan ini bukanlah WP yang tanam. WP ambil gambarnya di sebuah premis kerajaan semasa berurusan di sana. WP tertarik dengan buahnya yang sedang matang dan berwarna merah berjurai-jurai.

Pokok palma ini hidup dalam satu perdu sebanyak lima batang . Dua daripadanya sudah berbunga dan berbuah dan bakinya lebih kecil belum berbunga. Bentuk buahnya seakan-akan buah pinang tetapi saiznya lebih kecil seperti hujung jari kelingking saja.

WP kurang pasti nama sebenar pokok palma ini. Kemungkinannya ialah pokok palma macarthur.
Buahnya tidak boleh dimakan dan WP ada mengutip beberapa biji yang gugur untuk disemai.


Buah matangnya berwarna merah berjurai-jurai


Bunga yang membentuk putik buah


Buah palma hiasan muda berwarna hijau


Buah yang hampir matang bertukar warna kekuningan


Sebahagian buah yang matang


Inilah pokok palma hiasan tersebut.
Seperdu lima batang pokok.



Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan