Ahad, 15 Oktober 2017

Itik Serati

Salam bertani.

WP ada menternak beberapa ekor itik serati untuk keguaan sendiri. Itik serati juga dikenali sebagai itik nila atau itik maskovy. Itik serati ini biasanya berbulu putih atau hitam bertompok-tompok putih. Itik serati diternak lebih kepada untuk mendapatkan dagingnya berbanding telur. Daging itik serati adalah daging merah yang sangat berkualiti kerana mengandungi kadar lemak yang sangat rendah.

Saiz itik serati agak besar iaitu boleh mencapai 6 kg bagi itik jantan manakala yang betina sekitar 4 kg sahaja. Itik betina boleh terbang tinggi terutama semasa mengeram kerana badannya yang ringan.Itik serati diberi makan dedak dua hari sekali dan sangat suka makan nasi yang dicampur dengan air.

Itik serati betina boleh bertelur sehingga 20 biji satu pusingan. Keistimewaannya berbanding itik jenis lain ialah ia mengeramkan telur-telurnya sendiri secara semula jadi seperti ayam kampung. Tempoh pengeraman adalah selama lebih kurang sebulan sebelum menetas. Itik serati juga menjaga anak-anaknya dengan baik.



Anak itik serati jantan berumur 5 bulan.
Tempuh yang sesuai untuk dituai kerana dagingnya
 masih lembut dan tidak berlemak.


Itik serati dewasa.
Seekor jantan dan dua ekor betina


Anak-anak itik serati.
Itik serati betina mempunyai kepak yang panjang dan boleh terbang.



Itik serati dewasa bersama-sama anak-anaknya
Itik dewasa mempunyai warna bulu yang agak pudar
dan bintik-bintik merah di mukanya.


Itik serati sedang mencari makanan.
Gemar memakan daun tumbuhan dan sayuran.


Resmi itik bila berjalan.
Yang betina di hadapan dan yang jantan mengekor di belakang.


Salam bertani.

2 ulasan: