Isnin, 16 Oktober 2017

Rumah Pusaka

Salam bertani




Inilah rumah pusaka tempat WP dan adik beradik dilahirkan. Rumah ini sudah berusia lebih enam puluh tahun dan masih teguh berdiri. Di sinilah WP membesar sehinggalah berumah-tangga. Rumah ini masih didiami oleh ibu WP  walau pun kadang-kala  terbiar kosong apabila ibu WP diambil oleh adik beradik yang lain.

Rumah ini ditukang oleh arwah bapa WP sendiri dan kebanyakan bahan kayu seperti tiang, beluti dan papannya dibuat sendiri oleh arwah bapa daripada kayu hutan berkualiti seperti ponak, keruing dan kapur. Bumbungnya sudah beberapa kali ditukar dan sekarang menggunakan zing kilang (metal roof).

Sesekali suasana rumah pusaka ini akan bertukar meriah terutama apabila tiba musim-musim cuti perayaan apabila anak-anak, menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit berkumpul di kampung. Keadaan menjadi sesak apabila berpuluh-puluh buah kereta parking di sekelilng rumah pusaka ini dan sehingga ada yang tidur di dapur serta beratur untuk ke bilik air.


Bahagian anjung dan tangga rumah


Pandangan sisi


Bahagian hadapan


Bahagian sisi kanan penuh dengan landskap hijau


Rumah kediaman WP bersebehan dengan rumah pusaka
Di sekeliling kawasannya WP bercucuk tanam.
Kelihatan sebaris pokok pisang tanduk sedang membesar.


Jalan masuk ke rumah pusaka.
Lihat pokok cili api tu
Latar belakang pokok durian tembaga.


Sepohon rambutan jenis lama di hadapan rumah. 
Ditanam sebelum merdeka lagi dan masih lebat berbuah.

Pandangan dari rumah menghala ke jalan besar


Gambaran bahagian sisi belakang rumah.
Van yang digunakan untuk berniaga hasil kampung di paskam.

Salam bertani.

Catat Ulasan