Sabtu, 27 Ogos 2016

Perosak Tanaman.

Salam bertani.

Mengusahakan kerja-kerja bertani banyak rintangannya. Salah satu masalah yang sering mengecewakan hati petani ialah serangan perosak tanaman. Perosak tanaman yang sangat bermaharaja lela sekarang ialah monyet. Sekali serangan monyet yang masuk ke kebun boleh mendatangkan kerugian yang banyak kepada pekebun.

WP rasa, bertani pada masa dahulu lebih mudah kerana tiada serangan monyet seperti sekarang. Rata-rata petani sekarang mengeluh kerana serangan makhluk ini yang sudah ada di merata kawasan kerana ia amat mudah membiak dan berkembang. Bagaimana peranan pihak-pihak tertentu untuk mengatasi masalah ini.


Ini adalah anak durian klon duri hitam yang telah berumur dua tahun.
Patah diperdu akibat dipanjat oleh monyet yang menyerang buah cempedak 
di sebelahnya. WP cuba sokong semula, tetapi akhirnya mati kerana cuaca panas sekarang.


Monyet paling gemar buah nangka.


Buah nangka muda yang dirosakkan oleh monyet.


Buah nangka madu yang menjadi santapannya.

Monyet juga suka merosakkan hasil tanaman durian. Ia akan menanggalkan bunga durian untuk menghisap manisannya, menanggalkan putik durian dan perkembangan terbaru monyet sudah pandai menebuk buah durian yang masak/gugur dan menyeluk isinya satu persatu menggunakan tangannya.

Pekebun buah tradisional sudah tidak mendapat hasil kerana serangan haiwan perosak ini.
Salam bertani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan