Sabtu, 20 Ogos 2016

Hadiah Buku.

Salam bertani.

Baru-baru ni WP mendapat hadiah beberapa buah buku daripada anak-anak. Salah seorang daripada mereka dah habis belajar tetapi vaucer buku masih ada. Jadi mereka belikanlah buku-buku yang sesuai untuk abah mereka.



Koleksi buku-buku yang dibeli.


Tanaman Unik


Tumbuhan Tempatan Malaysia.
Kaitannya Dengan Nama Tempat.


Pelbagai Tanaman untuk
Kesihatan, Kecantikan dan Kecerdasan.


Herba Berpotensi di Malaysia.


Buah-buahan Nadir Semenanjung Malaysia.


Tumbuhan Ubatan Liar di Sekeliling Anda.

Kesemua buku tersebut adalah berkenaan tumbuhan dan tanaman yang ada di sekeliling kita. Kandungannya padat dan terperinci, disertakan dengan gambar-gambar yang menarik mengenai 
tumbuhan dan tanaman tersebut. Sesuai sangat  dijadikan bahan rujukan untuk penulisan entri
yang akan datang.

WP hanya sempat melihat sepintas lalu saja buku-buku tersebut. Akan diperhalusi satu persatu mengikut masa yang terluang dan sesuai. Terima kasih anak-anak dan ibu mereka juga.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan