Ahad, 8 Mei 2016

Tanaman Pisang 6 : Pokok Pisang Berangan

Salam bertani.

WP ada menanam beberapa pokok pisang berangan di sekeliling kawasan rumah dan di kebun buah-buahan. Pisang berangan mudah ditanam dan dapat dituai sehingga beberapa generasi sekiranya dijaga dengan baik. Selepas dituai, sepohon anak  pisang berangan boleh dibiarkan membesar di situ untuk memberikan hasil seterusnya.

    Anak pokok pisang berangan boleh didapati daripada sulur pokok induk yang kita tanam. Pokok pisang berangan cepat mengeluarkan anak dengan banyak, tetapi perlu dibuang sehinggalah pokok induk mengeluarkan buah. Anak pokok pisang berangan boleh digali untuk ditanam sebagai anak benih setelah hasil induknya dituai. Ini untuk mengelakkan pokok induknya dari tumbang.

  Anak benih pisang berangan juga boleh diperolehi daripada pembiakan kultur tisu. Anak benih dari kultur tisu akan disemai di dalam polybag dan akan diubah ke kebun. Ia sesuai untuk ditanam secara komersil  kerana pertumbuhan yang sekata, hasil yang lebih tinggi dan kurang jangkitan penyakit .


Sepohon anak pokok pisang berangan yang berumur sebulan.


Anak pokok pisang berangan mula membesar.


Pokok pisang berangan cepat mengeluarkan anak.
Anak-anak  perlu dibuang sehingga pokok induk berbuah.



Sepokok pisang berangan yang ditanam di tepi pagar rumah  WP mula berbuah.
Jantung pisang perlu dicantas untuk mendapatkan saiz buah yang lebih besar.
Jantung pisang berangan boleh dijadikan sayuran.


Buah muda pisang berangan 


Buah muda semakin berisi 


Beberapa minggu kemudian.


Buah hampir matang.


Buah pisang berangan telah matang. Beberapa biji pisang
telah kuning. Pokok pisang berangan perlu disokong untuk
mengelakkan daripada tumbang.


Gambar dekat setandan buah pisang berangan yang telah matang.


Setandan buah pisang berangan matang yang telah dituai.


Buah pisang berangan yang telah disisir untuk diperam.


Buah pisang berangan sedia untuk diperam.


Buah pisang berangan yang dijual.
Sekilogram RM3.00


Isi pisang berangan yang masak berwarna kuning dan beraroma. 


Buah pisang berangan goreng memang enak.



Induk pisang berangan telah ditebang. Dua pokok anak
pisang berangan dipelihara untuk generasi seterusnya.

  Buah pisang berangan mempunyai saiz yang sesuai untuk dijadikan makanan pencuci mulut dan biasanya dihidangkan di majlis-majlis keramaian dan jamuan. Ia juga sesuai dijadikan bahan untuk membuat roti canai pisang. Pisang berangan juga enak dijadikan pisang goreng kerana ia tidak benyek/lembik. Manakala buah pisang berangan yang terlalu masak boleh dijadikan cekodok pisang atau kek pisang.

     Buah pisang berangan mengandungi pelbagai nutrien yang memberi manfaat kesihatan dan nilai perubatan. Tanamlah pokok pisang berangan untuk mendapatkan hasil sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual.

Salam bertani.

13 ulasan:

  1. Terima kasih infonya. Bagi saya yang baru belajar tanam pisang berangan ini sangat² membantu saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam, sy teringin nk pergi kebun tuan.. boleh dpt info / alamat/ np tel

      Padam
  2. Terima kasih. Ilmu yg berguna. Saya pn baru nk mula menanam pisang berangan..
    - changlun, kedah

    BalasPadam
  3. Tumpang tanya..1 ekar dpt brp pokok ye pisang berangan

    BalasPadam
  4. Tumpang tanya..1 ekar dpt brp pokok ye pisang berangan

    BalasPadam
  5. Asalamualaikum saya ada pokok pisang berangan buahnya dah 4 bulan tak masak pelik la

    BalasPadam
  6. Pisang berangan dgn baja yg sesuai akan menghasilakn buah2 yg besar... Insya Allah

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum. Boleh tanya. Berapa bulan pisang berangan akan mula belajar berbuah

    BalasPadam
  8. Apa beza pisang Berangan dengan pisang Jelai Berangan?

    BalasPadam