Ahad, 22 Mei 2016

Pokok Semalu.

Salam bertani.

Pokok semalu mendapat nama daripada sifat daunnya yang akan layu dan menunduk apabila disentuh. Pokok semalu adalah sejenis tumbuhan rumpai yang menjadi musuh kepada petani dan penternak. Pengawalannya sukar diuruskan kerana pokok semalu mempunyai banyak duri yang tajam yang boleh mencederakan tangan dan kaki kita.

    Terdapat banyak pokok semalu yang hidup subur di padang ragut ternakan lembu WP. Ia mudah membiak melalui biji benih dan rizom yang tumbuh dari perdu pokok. Ia sukar dikawal kecuali dengan mencabut bersama-sama akarnya  menggunakan playar atau penyepit. Ia tidak begitu digemari oleh haiwan ternakan kerana keseluruhan bahagian pokoknya yang berduri. Pokok semalu yang hidup di kawasan kebun perlu dikawal dengan menggunakan racun serap yang membunuh akarnya sekali.


Anak benih pokok semalu yang tumbuh melalui biji benih.


Anak benih semakin membesar dan telah berduri.


Anak pokok semalu mengeluarkan banyak dahan dari perdunya.
Dahannya mengeluarkan akar dan akan menjadi pokok baru apabila dipotong.


Daun pokok semalu.


Daaunnya akan menguncup dan menunduk apabila disentuh.


Bunga dan buah muda pokok semalu.


Buah pokok semalu yang akan menghasilkan biji benih.


Buah semalu hampir matang bertukar warna perang.


Buah matang yang telah menyebarkan biji benih.


Sekuntum bunga semalu yang cantik.


Hamparan pokok semalu di tebing sungai.


Pokok semalu dewasa cepat merebak dan menguasai ruang.


Mengeluarkan banyak bunga yang akan menjadi buah dan menghasilkan biji benih.

Pokok semalu yang menjadi musuh petani dan penternak boleh dikategorikan sebagai tumbuhan herba kerana keseluruhan bahagian pokoknya digunakan oleh masyarakat dahulu untuk merawat dan meredakan pelbagai jenis penyakit. Waulahualam.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan