Jumaat, 1 April 2016

Terung Bulat Unggu.

Salam betani.

Ada pelbagai tanaman sayur-sayuran yang ditanam di kebun WP untuk kegunaan sendiri dan ada juga yang dijual di pasar tani. Salah satu sayuran jenis buah yang ditanam ialah pokok terung bulat  unggu.
Pokok terung unggu ada yang berbuah panjang dan ada yang berbuah bulat. Kegunaan dan khasiatnya sama sahaja.

    Buah terung bulat unggu enak dijadikan pelbagai masakan seperti digoreng, dimasak sambal, masakan dalca, masak kari bersama ikan atau daging dsb.

   Biji benih pokok terung unggu boleh didapati daripada buah terung yang matang. Biji benih perlu disemai di tapak semaian terlebih dahulu dan anak benih yang tumbuh boleh diubah ke batas penanaman  bila sesuai.


Sepohon terung unggu


Sudah berbunga dan berbuah. 


Bunga terung unggu.


Bunganya berwarna unggu juga.


Daun terung yang diserang serangga perosak.


Bunga yang tekah terdebunga dan akan menjadi buah.


Buah terung bulat unggu


Sesuai untuk dituai





Hasil yang dituai.


RM1.00 sebungkus (3 biji).
Dijual di pasar tani.


Terung unggu bulat goreng sambal.

Selain dijadikan masakan, buah terung bulat unggu sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Ia sangat baik untuk jantung dan dapat mengawal tekanan darah tinggi serta penyakit diabetis. Terung unggu juga baik untuk sistem pencernaan kita serta dapat menguatkan sendi dan tulang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.

 Marilah kita menanam pokok sayur-sayuran di sekeliling rumah untuk kegunaan sendiri dan sebagai satu aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Juga sebagai terapi mata dan minda.

Salam bertani.

1 ulasan: