Jumaat, 25 Disember 2015

Pokok Letup-letup.

Salam bertani.

Terdapat beberapa pokok letup-letup bulu yang melilit pagar di antara kebun kelapa sawit yang baru ditanam dengan padang ragut. Nampaknya lembu tidak berminat dengan pokok letup-letup ini mungkin disebabkan keseluruhan pokok ini berbulu. Jadi biarkan sajalah pokok ini melilit pagar dan menjadi pokok penutup bumi di kebun kelapa sawit.

     Pokok letup-letup ini mengeluarkan buah yang boleh dimakan apabila matang. Apabila matang buahnya akan bertukar daripada hijau kepada kuning dan rasanya adalah masam-masam manis seperti buah markisa. Pucuk letup-letup ini boleh dijadikan sayuran atau ulaman dan pokok ini sebenarnya mempunyai khasiat perubatan yang pernah diamalkan oleh orang-orang zaman dahulu.


Pokok letup-letup bulu melilit pagar.


Buah yang masih muda berwarna hijau dan diselaputi bulu.


Memanjat tunggul. Sudah berbunga dan berbuah.


Menjalar di atas tanah sebagai penutup bumi.


Daunnya mempunyai tiga bucu.
 Mempunyai sulur paut untuk memanjat/melilit.



Kudup bunga dan bunga yang hampir mekar.


Bunga yang sedang mekar. 
Pendebungaan sendiri.


Buah yang hampir matang. 
Diselaputi bulu untuk melindungi buah.


Buah yang telah matang berwarna kuning.


Isi buah letup-letup bulu.
 Rasanya masam-masam manis seperti buah markisa.
Terdapat biji benih yang boleh disemai menjadi anak pokok.


Terdapat sejenis lagi pokok letup-letup yang dipanggil letup-letup kelambu. Keseluruhan pokok dan buahnya berbeza daripada pokok letup-letup bulu. Ia dari jenis pokok renek dan buahnya diselaputi penutup yang dipanggil kelambu. Buah letup-letup kelambu juga boleh dimakan dan pokoknya merupakan tumbuhan herba yang mengandungi pelbagai khasiat perubatan.


Sepokok letup-letup kelambu muda yang baru berbunga.


Sepohon lagi yang telah mengeluarkan buah.


Buah letup-letup kelambu di pokok.


Buah letup-letup kelambu.


Sebiji buah  letup-letup kelambu.




Buah letup-letup kelambu yang telah dibuka.
Buahnya akan bertukar warna kuning apabila matang
dan boleh dimakan.

Generasi sekarang mungkin ramai yang tidak pernah melihat pokok letup-letup bulu dan letup-letup kelambu apatah lagi merasai kelazatan buahnya. Diharapkan suatu masa nanti pokok letup-letup liar ini akan ditanam secara komersial kerana mempunyai pelbagai khasiat perubatan.

Salam bertani.

8 ulasan:

  1. hari tu..saya ada tgk video org cina buat desert guna buah ni.. dia biarkan kering pastu biji dia keringkan.. pastu biji tu direndam dan akan jadi mcm biji selasih.. senang cerita mcm agar2.. pastu dibiarkan keras,, pastu makan bersama dengan air gula mlaka,,kekacang, kismis .. nanti saya share link video tu.

    BalasPadam
  2. Boleh saya tahu, mana nak cari pokok ni?

    BalasPadam
  3. Saya banyak semai. Yang dah siap kering untuk perubatan bunga ada

    BalasPadam