Ahad, 26 Jun 2016

Pokok Buluh 2 : Buluh Batu

Salam bertani.


Ada serumpun buluh di kebun WP yang berlainan daripada buluh betung daripada struktur pokok dan rebungnya. WP agak-agak ia adalah dari jenis pokok buluh batu kerana melihat daripada struktur batang buluh yang mempunyai ruas agak pendek dan dinding buluh yang sangat tebal dan keras. WP biasa menyebutnya pokok buluh manis sahaja. Pokoknya rendah sedikit daripada buluh betung tetapi sangat rajin mengeluarkan rebung.

   Rebung buluh ini bersaiz besar tetapi mempunyai ruas yang rapat. Pada suatu masa, ia mengeluarkan lima hingga enam batang rebung serentak. Penghasilan rebung semakin bertambah sekiranya rebung kerap dituai. Untuk mengelakkan perdu buluh yang terlalu besar dan rimbun, hanya beberapa batang buluh sahaja dibiarkan hidup untuk menghasilkan rebung.

  Ia dipanggil pokok buluh manis kerana rasa rebungnya yang manis dan lembut tidak seperti rebung buluh betung yang ada rasa kepahitan sedikit. Rebung buluh batu ini boleh dicelur sahaja dan dimakan sebagai ulaman bersama sambal dan nasi panas. Ia juga enak dimasak lemak cili padi dicampur dengan daging atau babat atau ikan kering atau seafood.


Perdu buluh yang menghasilkan banyak rebung


Rebung yang baharu tumbuh


Dua rebung tumbuh serentak


Rebungnya besar dengan ruas yang rapat.




Rebung yang baru tumbuh memerlukan masa
beberapa minggu untuk membesar



Banyak rebung tumbuh pada musim hujan sekarang.


Sesuai dituai beberapa hari lagi untuk
masakan lodeh hari raya.


Inilah perdu buluh batu yang menghasilkan banyak rebung tersebut.


Daun pokok buluh batu.


Sebatang pohon buluh batu yang dijadikan benih tanaman.


Rebung buluh yang dituai. Boleh menghasilkan satu kg rebung bersih segar.

Salam bertani.

3 ulasan:

  1. Saya ada semai, masuk sini nak komfirn buluh,

    BalasPadam
  2. Saya berminat menanam Buluh Batu. Boleh jual 2 anakbenih Buluh Batu kepada saya @ 016 - 415 5649. T kasih

    BalasPadam