Beberapa hari yang lepas, WP terjumpa satu sarang burung semasa meronda-ronda kawasan padang ragut. Tenguk ada dua ekor anak burung baru menetas. Anak burung merbah rasanya. WP bercadang nak ambil pic setiap hari sehinggalah burung-burung tu pandai terbang sendiri. Bolehlah buat cerita bersiri. Tapi malangnya hanya dapat empat siri saja, ceritanya dah habis.
Hari pertama, dua ekor anak burung baru menetas
di dalam sarang yang dijumpai.
Hari kedua, anak-anak burung membuka mulutnya luas-luas.
Menyangka ibunya yang datang untuk menyuap makanan.
Hari ketiga, anak burung sedang tidur.
Tak sadar picnya diambil.
Hari keempat sarang burung dah kosong. Ke manakah
anak-anak burung tu. Sama ada telah dimakan oleh
haiwan pemangsa atau dibawa pindah oleh ibu mereka.
Sarang burung tersebut tersembunyi di dalam perdu pokok
senduduk bulu ni. Sekarang kosong dan sepi.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan