Isnin, 30 Oktober 2017

MB 20 : Kerabu Daun Selom

Salam bertani.

Tengah hari tadi pn is3 buat penganan kerabu daun selom untuk santapan keluarga.
Sedapnya makan dengan nasi panas hingga bertambah-tambah.


Kerabu daun selom


Biasa jual pucuk selom di paskam.
Jarang-jarang makan sendiri.


Sebatas tanaman selom di kebun WP.

Salam bertani.

Ahad, 29 Oktober 2017

Pisang 40 Hari

Salam bertani

Salah satu jenis pisang yang sangat mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil ialah pokok  pisang 40 hari. Nama lain bagi pisang 40 hari ialah pisang boyan tetapi pisang 40 hari bukanlah pisang lemak manis.

Pokok pisang 40 hari agak kecil dan rendang sehinggakan buahnya boleh dicapai dengan tangan. Walau bagaimana pun tandannya agak besar dan berat terutama bagi pokok yang subur dan dijaga dengan rapi. Buahnya bersaiz kecil dan sangat sesuai dijadikan halwa mulut kerana rasanya yang agak manis dan bertekstur halus. Kelemahan buah pisang 40 hari ini ialah sekiranya telah masak ranum, buahnya mudah lerai dan kulitnya akan melekat dan sukar dikupas.

Ia dipanggl pisang 40 hari kerana tempuh matang buahnya yang sangat cepat iaitu lebih kurang satu setengah bulan sahaja. Selain dijadikan pencuci mulut, pisang 40 hari yang masak ranum boleh dijadikan cekodok atau lempeng. Buah mudanya pula boleh dimasak lemak cili api dan sebagainya. Harganya yang murah menyebabkan pisang ini sering dijadikan makanan burung dan monyet peliharaan.


Setandan buah pisang 40 hari yang matang setelah diperam.
Pokok yang subur boleh menghasilkan buah sehingga 20 kg.


Sepohon pisang lemak manis di tepi pagar rumah WP
mula mengeluarkan jantung.



Seperdu lagi menghasilkan dua pohon yang berbuah serentak.


Putik buah pisang 40 hari beserta jantungnya.


Jantung pisang perlu dipotong untuk
mendapatkan buah yang berkualiti.


Buah muda pisang 40 hari


Buah muda pisang 40 hari di pokok.
Buahnya rendah dam boleh dicapai tangan.


Buah pisang 40 hari mula berisi setelah sebulan berbuah.


Setelah sebulan setengah, sebahagian buah pisang
mula matang dan bolehlah dituai.


Buah matang pisang 40 hari yang dijual di paskam.
Harganya RM2.50 sekg.

Salam bertani.

Isnin, 23 Oktober 2017

MB 19 : Masak Gulai Ikan Puyu

Salam bertani

Hari ini pn is3 menggulai ikan puyu untuk hidangan makan tengah hari.



Jemputlah makan.
Enaknya hingga menghirup kuah.


Ikan puyu yang sudah disiang dan dibersihkan sebelum digulai.
Gunakan gunting dapur untuk memotong semua sirip ikan puyu.


Ada beberapa cara untuk membersihkan ikan puyu dan menghilangkan lendir serta bau hanyirnya.

1. Setelah disiang, gunakan daun serai untuk menyental ikan tersebut agar semua sisik halus yang tertinggal dan lendir ikan akan tertanggal.

2. Gaulkan dengan tepung gandum dan cuci dengan air bersih untuk menghilangkan lendir ikan tersebut.

3. Rendam dengan asam jawa dan kunyit kira-kira 10 minit dan cuci dengan air bersih untuk menghilangkan bau hanyirnya,

Salam bertani.

Jumaat, 20 Oktober 2017

Buah Kuini

Salam bertani.

Buah kuini merupakan buahan bermusim yang paling awal sekali matang dan boleh dituai berbanding buah-buahan lain dalam sesuatu musim buah-buahan. Selepas buah kuini habis musim, barulah buah-buahan lain matang seperti durian, rambutan, pulasan, cempedak dan lain-lain. Buah rambai pula merupakan penutup musim buah-buahan.

Ada beberapa  pokok kuini di dusun WP yang ditanam menggunakan biji benih dan sudah banyak kali berbuah. Sekarang telah ada benih kuini klon cantuman yang susuai ditanam kerana lebih berkualiti dan cepat berbuah.

Pada musim kali ini hanya sepokok kuini sahaja yang berbuah  dan sudah mula menggugurkan hasilnya. WP ada merakamkan perkembangan buah kuini tersebut untuk dimuatkan dalam entri kali ini.


Buah kuini yang hampir matang baru dituai.
Akan matang dalam masa beberapa hari.
Harga pasaran RM6.00 sekg.



04.07.2017
Pokok kuini mula berbunga
Bunga kuini berwarna merah dan berbau harum


04.08.2017
Putik buah kuini



18.09.2017
Buah kuini muda.


Buah kuini muda enak dibuat sambal belacan.


Buah yang lebat berjuraian hampir ke tanah.


Rupa dan bentuknya seakan-akan buah mangga/pelam


Close-up sebiji buah kuini 


16.10.2017
Buah kuini hampir matang


Setangkai buah kuini


17.10.2017
Buah kuini matang mula gugur sendiri.
Warnanya hampir kekuningan dan beraroma kuat.


17.10.2017
Isi buah kuini matang berwarna kuning
Sangat berjuisy, beraroma  dan manis bersari.

Buah kuini dikatakan sangat bermanfaat kepada kesihatan kerana mengandungi vitamin C dan A, zat besi, kalsium, fosfur dan kadar serat yang tinggi. Ia juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan kadar gula yang rendah dan sesuai dimakan oleh pengidap diabetis.

Salam bertani.

Isnin, 16 Oktober 2017

MB 18 : Tidurlah Permaisuri

Salam bertani

Penjawat awam (PA) mahu pun penjawat swasta (PS) yang bertugas pada petang Isnin (hari ini), janganlah ikut perangai tak bagus seperti di bawah ni. Kalau kerja sendiri (KS) tak apa.



Mengantuk giller kerja petang senin ni (sambil menguap tu)
Bestnya kalau dapat tidur.


Relaxlah sekejap.
Boss pun takde.


Best giller dapat tidur kat pejabat.
Siap ada aircond lagi.


Eh dah pukul 5.00 petang.
Bolehlah balik.

Salam bertani.

Rumah Pusaka

Salam bertani




Inilah rumah pusaka tempat WP dan adik beradik dilahirkan. Rumah ini sudah berusia lebih enam puluh tahun dan masih teguh berdiri. Di sinilah WP membesar sehinggalah berumah-tangga. Rumah ini masih didiami oleh ibu WP  walau pun kadang-kala  terbiar kosong apabila ibu WP diambil oleh adik beradik yang lain.

Rumah ini ditukang oleh arwah bapa WP sendiri dan kebanyakan bahan kayu seperti tiang, beluti dan papannya dibuat sendiri oleh arwah bapa daripada kayu hutan berkualiti seperti ponak, keruing dan kapur. Bumbungnya sudah beberapa kali ditukar dan sekarang menggunakan zing kilang (metal roof).

Sesekali suasana rumah pusaka ini akan bertukar meriah terutama apabila tiba musim-musim cuti perayaan apabila anak-anak, menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit berkumpul di kampung. Keadaan menjadi sesak apabila berpuluh-puluh buah kereta parking di sekelilng rumah pusaka ini dan sehingga ada yang tidur di dapur serta beratur untuk ke bilik air.


Bahagian anjung dan tangga rumah


Pandangan sisi


Bahagian hadapan


Bahagian sisi kanan penuh dengan landskap hijau


Rumah kediaman WP bersebehan dengan rumah pusaka
Di sekeliling kawasannya WP bercucuk tanam.
Kelihatan sebaris pokok pisang tanduk sedang membesar.


Jalan masuk ke rumah pusaka.
Lihat pokok cili api tu
Latar belakang pokok durian tembaga.


Sepohon rambutan jenis lama di hadapan rumah. 
Ditanam sebelum merdeka lagi dan masih lebat berbuah.

Pandangan dari rumah menghala ke jalan besar


Gambaran bahagian sisi belakang rumah.
Van yang digunakan untuk berniaga hasil kampung di paskam.

Salam bertani.

Ahad, 15 Oktober 2017

Macam Bonsai

Salam bertani

Ada beberapa pokok hiasan dalam pasu yang ditanam di halaman rumah WP bersama-sama dengan tanaman lain. WP hanya trim pokok-pokok ini sekali sekala sekiranya ada masa terluang.
Kalau nak dikatakan pokok bonsai, mungkin tak jadi lagi. Cuma macam bonsai agaknya.























Salam bertani.