Sabtu, 30 September 2017

Biar Lembu Yang Jadi Lembu 2

Salam bertani

Selain pejantan dan induk-induk lembu, terdapat juga beberapa ekor anak lembu yang sedang membesar. Sebahagiannya sudah ditambat dan sebahagiannya masih lepas bebas meragut di kawasan ragut. Kesemua anak lembu ini berbapakan si Putih yang sado tu.



Anak jantan 1 setengah tahun
Ditambat


Anak betina dua tahun
Ditambat


ePool dah 6 bulan


Anak betina 1 setengah tahun


Anak betina  5 bulan 


Anak jantan 6 bulan 


Anak betina 1 tahun


Anak betina setahun 


Anak-anak lembu bebas meragut


Waktu makan petang



ePool sangat minat dengan Yamaha Lagenda tuannya


Anak betina setahun

Biar Lembu Yang Jadi Lembu.
Salam bertani.

Khamis, 28 September 2017

Biar Lembu Yang Jadi Lembu 1

Salam bertani.

Inilah sebahagian daripada ternakan lembu kepunyaan WP.
Biar Lembu Yang Jadi Lembu.


Pejantan lembu yang sado


Induk 1


Induk 2


Induk 3


Induk 4


Induk 5


Kawasan padang ragut
Salam bertani.

Selasa, 26 September 2017

Stor Ternakan

Salam bertani

Ada terdapat dua pintu stor di belakang rumah WP. Stor pertama digunakan untuk menempatkan barang-barang lama dan barang-barang yang jarang-jarang digunakan . Manakala stor ke-dua pula digunakan untuk menyimpan peralatan dan melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pertanian dan penternakan.

Ada paip dan sinki untuk bekalan air dan kerja-kerja mencuci.


Dua tong besar untuk mengisi makanan ternakan


Stok makanan ternakan.
Dedak pelet dan jagung hancur.


Proses membuat telur itik masin



Troli telur


Rak telur terpakai


Hasil yang dikutip


Telur itik


Telur burung puyuh


Telur  ayam kampung.

Salam bertani.

Isnin, 25 September 2017

Pokok Longan Brazil

Salam bertani

Salah satu jenis pokok longan yang mula mendapat perhatian para petani ialah pokok longan brazil. Buah pokok longan brazil adalah di antara buah longan yang paling besar, saiznya hampir sebesar telur ayam kampung. Rasanya seakan rasa buah longan biasa tetapi mempunyai isi yang agak tebal dan manis. Isinya diselaputi kulit dalam yang lembut dan perlu dibersihkan sebelum memakannya.

Pokok longan brazil mudah dibiakkan melalui semaian biji benihnya atau boleh juga gunakan kaedah cantuman atau markot. Pokok yang dibiakkan melalui biji benih akan mula berbunga dan berbuah selepas dua tahun ditanam. Saiz pokoknya agak sederhana dan perlu dicantas setiap kali selepas dituai buahnya supaya sentiasa  rendah dan rendang. Ia adalah jenis buah-buahan tidak bermusim.

Musuh utama buah longan brazil ialah serangan serangga lalat buah. Buah yang matang akan rosak dan berulat sekiranya terkena serangan lalat buah. Buah perlu dibungkus untuk mengelakkan kerosakkan tersebut. Selain itu, kelawar, tupai dan monyet juga sangat berminat dengan buah longan brazil ini. Buah longan brazil yang terlalu masak akan pecah sendiri di pokok.


Setangkai buah longan brazil


Anak benih pokok longan brazil


Sepokok longan brazil dewasa yang sudah berbuah.


Pokok longan brazil sedang berbuah


Setangkai bunga longan brazil


Bunga longan brazil membentuk putik buah


Buah longan brazil bersaiz besar


Bentuk buahnya agak bulat dengan sedikit lonjong


Berwarna hijau semasa muda.


Setangkai buah longan brazil yang lebat


Buah yang hampir matang.
Warnanya agak kekuningan.

Salam bertani.

MB 15 : Perangkap Tikus

Salam bertani


Tikus merupakan haiwan makhluk perosak yang perlu dihapuskan:-

1. Menjadikan setor dan reban tempat habitatnya.
2. Mencederakan dan membunuh anak ayam dan burung puyuh.
3. Memakan telur burung puyuh.
4. Menebuk karung  dedak dan jagung (makanan ternakan)
5. Mencuri makanan ternakan.
6. Agen penyebar penyakit.

Salam bertani

Khamis, 21 September 2017