Isnin, 30 November 2015

Alatan Perkebunan.

Salam Bertani.

Mengusahakan tanaman memerlukan peralatan yang sesuai untuk memudahkan kerja-kerja yang dilakukan. Peralatan pertanian amat penting bagi mempastikan kebun sentiasa terjaga rapi dan memudahkan untuk kita menuai hasil pertanian. Setiap kali melakukan kerja-kerja pertanian, sebahagian daripada peralatan ini diperlukan bergantung kepada jenis kerja yang dilakukan.



Alat ini dipanggil sekateur atau kacip pemangkas. Sangat berguna untuk memotong atau memangkas dahan dan ranting yang kecil dan membuang tunas-tunas yang tidak diperlukan.


Sudip tangan digunakan untuk menggemburkan tanah di sekeliling pokok kecil dan mengisi tanah dalam polybag.


Gergaji tangan digunakan untuk memotong dan membuang dahan-dahan yang besar terutama sekali untuk melakukan pemangkasan major pokok buah-buahan.


Parang panjang sangat berguna untuk menebas semak-samun terutama anak-anak pokok kayu dan boleh juga digunakan untuk memotong dahan yang sederhana besar.



Parang panjang mata bengkok digunakan untuk menebas anak kayu hingga ke akarnya. Matanya yang bengkok digunakan untuk menarik semak-samun hingga ke akarnya.


Kasut kebun yang dipakai setiap hari apabila bekerja di kebun. Diperbuat daripada getah.


Spray racun perosak/serangga. Digunakan untuk menyembur racun serangga  ke atas tanaman termasuk semut. Boleh menggunakan pelbagai jenis bekas atau botol.


Tangga lipat besi 2 meter. Digunakan untuk memanjat pokok-pokok yang sederhana tinggi seperti untuk membungkus buah nangka, mangga, longan dsb.


Pam knapsank. Digunakan untuk menyembur racun rumpai di kebun.


Pungkis digunakan mengangkut tanah atau sampah sarap atau baja organik.



Gunting pokok digunakan untuk menuai hasil seperti cili api, limau kasturi dan sayur-sayuran.


Sabit tangan digunakan untuk menebas semak-samun atau rumpai di pangkal pokok.


mata sabit.


Parang pendek digunakan untuk memotong dahan yang tinggi (menggunakan tangga) dan mengupas buah kelapa.


Kereta sorong adalah alat pelbagai guna untuk mengangkut hasil kebun dll.



Alat untuk memetik buah rambutan dan pulasan. Disambungkan dengan galah buluh atau PVC.


  Mata kacip rambutan.



  Boot kebun dipakai semasa menyembur racun rumpai atau bekerja di tempat yang berair.



Cangkul digunakan untuk menggemburkan tanah, menggali lubang tanaman atau menajak rumpai.



  Mata cangkul.


  Cangkul besi (keseluruhannya daripada besi) digunakan untuk kerja-kerja yang lebih ringan daripada cangkul biasa.



  Sabit bergalah digunakan untuk mengait buah kelapa dan memotong pelepah pisang,


Tangga aluminium 5 meter. Boleh disambung dua untuk ketinggian yang lebih. Berguna untuk memanjat pokok yang tinggi terutama untuk membungkus buah cempedak atau memangkas pucuk pokok.


Sekop tanah untuk membersihkan parit dsb.


Pisau untuk membuka buah durian.


Gunting pemangkas digunakan untuk membentuk pokok hiasan.



Topi kebun dipakai semasa bekerja di kebun atau kawasan ragut.


Mesin pemotong rumput sandang digunakan untuk memotong rumput di kebun dan kawasan berumput di sekeliling rumah.


Kapak berguna untuk memotong kayu atau tunggul.


Penggali lubang digunakan untuk menggali lubang penanaman.


  Penggaruk sampah plastik untuk mengumpulkan sampah atau rumput yang dipotong.


  Cangkul mini digunakan untuk merumpai dan menggemburkan tanah.

Alat penimbang hasil kebun 50 kg.


Pisau pemotong digunakan untuk memotong sayur-sayuran, mengulas isi nangka dan menyisir buah pisang,


Sarung tangan juga sering dipakai semasa bekerja di kebun.


Cangkul garpu digunakan untuk membersihkan  rumpai air di dalam parit. Juga digunakan untuk mencangkul di tanah yang berbatu atau tanah yang sangat keras.


Batu asah halus dan kasar. Digunakan untuk menajamkan alatan kebun daripada besi seperti pisau, sabit, cangkul, kapak, parang dsb.


Alatan perkebunan sangat membantu petani-petani semasa bertugas di kebun atau ladang. Alatan perkebunan hendaklah dijaga dengan rapi , digunakan dengan betul dan disimpan di tempat yang selamat apabila tidak digunakan.
Salam bertani.

Jumaat, 27 November 2015

Seni Landskap.

Salam bertani.

Pada hujung minggu yang lalu, telah diadakan sambutan Hari Keluarga "Warisan Petani" di satu kawasan percutian yang berdekatan. Apa yang menarik selain sambutan tersebut sebenarnya ialah seni landskap kawasan tersebut yang sangat memukau pengunjung yang hadir. Terdapat kolam ikan koi Jepun dan ikan tilapia merah selain tanaman-tanaman hiasan yang dijaga rapi. Panoramanya sungguh memukau mata yang memandang.


Kolam ikan koi menanti kehadiran pengunjung.














Air terjun buatan dan kolam ikan tilapia merah.





Landskap yang menarik.


Laluan pejalan kaki.


Pemandangan bahagian penginapan.

Saujana mata memandang.


 Ruang Legar.



Kolan renang.



Landskap bahagian hadapan.



Ruang makan.



Hidangan yang disediakan.


 Inilah tempatnya.


Sempena cuti sekolah ini marilah kita membawa keluarga beriadah ke tempat-tempat yang menarik untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Salam bertani.