Selasa, 29 Oktober 2019

Durian Berbunga Lagi.

Salam bertani

Dijangkakan bermula akhir bulan Disember ini akan tiba musim durian sekali lagi. Ini adalah buah luar musim kerana pokok buah-buahan tertentu sahaja yang berbunga termasuklah kuini, pelam, pulasan dan rambutan. Fenomena jerebu dan musim panas/kemarau yang lepas telah menggalakkan pokok-pokok durian berbunga dengan lebatnya.



Sedahan bunga durian.


Putik bunga durian



Sudah sebesar ibu jari.


Harap-harap menjadilah



Pokok durian kim hong D198
Baru berumur beberapa tahun sudah berbunga sulung.


 Salam bertani

Sabtu, 26 Oktober 2019

Tanaman Betik

Salam bertani

Wak ada tanam beberapa pokok betik di sekeliling rumah. Kebanyakannya sudah berbuah dan memberikan hasil yang berterusan. Buah betik matang enak dimakan sebagai pencuci mulut apatah lagi kalau disimpan di dalam peti ais.

Di antara khasiat buah betik termasuklah untuk melawaskan sistem pencernaan kita terutama untuk mengubati sembelit dan buasir.  Buah betik juga boleh mengurangkan risiko penyakit batu karang dan dapat merawat masalah kulit terutama kulit muka. Ia juga sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang mengandung kerana mengandungi vitamin A dan vitamin C yang tinggi serta serat.

Selain dimakan segar buah betik juga  boleh dijadikan jus, jem, jeruk, kerabu dan masakan. Pucuk dan bunga betik pula boleh dijadikan ulaman selepas direbus.









Pokok betik jantan tidak berbuah.
Bunga dan pucuknya boleh direbus untuk dijadikan ulaman.


Buah betik matang yang baru dituai.
Simpan dalam esbok, dah sejuk baru makan.


Isi betik matang yang masih keras enak dimasak tumis.

Salam bertani.

Khamis, 24 Oktober 2019

Tanam Nanas MD2

Salam bertani

Beberapa pokok nanas MD2 sudah mula mengeluarkan hasil selepas setahun ditanam. Nanas MD2 ditanam menggunakan sulur  dan boleh juga menggunakan jambul buahnya. Untuk mendapatkan hasil yang hampir serentak pokok nanas MD2 perlu diberikan hormon untuk berbunga.

Buah nanas MD2 sangat manis, tidak lidas dan tahan lama selepas dituai berbanding nanas-nanas lain. Itu sebabnya harga buah nanas ini agak tinggi kerana permintaan yang menggalakkan.


Pokok nanas MD2 yang sedang berbuah.


Pokok nanas ini mengeluarkan dua sulur yang boleh dijadikan
bahan penanaman.



Beberapa pokok nanas MD2 yang sudah mengeluarkan hasil.
Nanas MD2 yang ditanam di tanah pamah lebih manis dan
berkualiti berbanding tanah gambut.
Tanaman tidak berapa subur kerana mengalami 2 kali kemarau
pada tahun ini.


Buah nanas MD2 sudah matang dan sesuai dituai.


Hasil tuaian nanas MD2


Tuaian nanas MD2 disamping hasil-hasil lain daripada dusun WP.
Salam bertani.

Rabu, 23 Oktober 2019

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

Salam bertani

Baru-baru ni wak ada mengunjungi  Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Johor di Padang Bandaran  Batu Pahat. Sempatlah ambil beberapa gambar buat kenangan.


Bunga orkid harimau


Pokok lada besar


Bunga orkid


Bunga orkid lagi


Nanas MD2


Ikan hiasan 


Wak hanya beli sepokok anak durian D13


dan sepokok  anak durian kim hong.

Salam bertani.

WW 150 : Entri Dulu-dulu

Salam bertani

Tajuk :  Ternakan Lembu 4

Tarikh : 18 Disember 2015




Salam bertani.

Ahad, 20 Oktober 2019

Tanam Nanas Sarawak

Salam bertani

Pagi ini wak mengeluarkan peluh dengan menanam beberapa pokok nanas sarawak di dusun. Memandangkan sekarang sudah mula musim hujan, memang sesuailah untuk memulakan projek penananan. Kalau ada rezeki, setahun setengah nanti barulah dapat menuai hasilnya.



Benih nanas sarawak yang baru ditanam.


Penyediaan tapak dan lubang penanaman.


Benih nanas sarawak yang telah dipotong daunnya
dan dinyahkelembapan selama seminggu. 


20 pokok anak nanas sarawak ditanam sebaris.


Berjiran dengan pokok serai yang sudah berusia dua minggu.


Sulur nanas daripada pokok induk yang sudah dituai.


Tanaman nanas sarawak di halaman rumah.
Salam bertani.


Khamis, 17 Oktober 2019

Tebang Pokok Rambai

Salam bertani

Pada  petang semalam wak menebang sebatang pokok rambai yang hidup berhampiran reban ayam. Pokok rambai ini sudah terlalu besar  dan tinggi menyebabkan sukar untuk menuai hasilnya. Lagi pun wak mahu kawasan ini lebih lapang supaya reban ayam mendapat lebih pencahayaan sinar matahari pada waktu siang.


Sepohon pokok rambai yang baru ditebang.
Kelihatan banir pokok durian tembaga di belakang.


Ranting pokok rambai yang telah dicincang.


Batang balak  pokok rambai.
Kayu rambai sangat keras dan tahan lama.


Sebahagian kayu rambai yang dibelah.


Wak cadang nak buat bangku kayu daripada kayu rambai tersebut.
(Perlu dibuang kulit dan dibuat kemasan)


Boleh  buat alas pemotong daging/ayam/ikan.


Pokok rambai semasa hayatnya pada musim buah yang lepas

Salam bertani.