Khamis, 17 Oktober 2019

Tebang Pokok Rambai

Salam bertani

Pada  petang semalam wak menebang sebatang pokok rambai yang hidup berhampiran reban ayam. Pokok rambai ini sudah terlalu besar  dan tinggi menyebabkan sukar untuk menuai hasilnya. Lagi pun wak mahu kawasan ini lebih lapang supaya reban ayam mendapat lebih pencahayaan sinar matahari pada waktu siang.


Sepohon pokok rambai yang baru ditebang.
Kelihatan banir pokok durian tembaga di belakang.


Ranting pokok rambai yang telah dicincang.


Batang balak  pokok rambai.
Kayu rambai sangat keras dan tahan lama.


Sebahagian kayu rambai yang dibelah.


Wak cadang nak buat bangku kayu daripada kayu rambai tersebut.
(Perlu dibuang kulit dan dibuat kemasan)


Boleh  buat alas pemotong daging/ayam/ikan.


Pokok rambai semasa hayatnya pada musim buah yang lepas

Salam bertani.

24 ulasan:

  1. waktu kecik2 dulu biasa makan rambai kalau balik rumah atok nenek. now nak cari dah susah kot. lagipun ramai tak ramai yang suka makan rasa2 saya.

    BalasPadam
  2. Besar jg pokok buah rambai ni kan Wak.. baru tgk.. kayu tu mmg sesuai nak buat2 kerusi utk santai..duduk2...

    BalasPadam
  3. Lamanya tak makan buah rambai..rasanya berpuluh tahun tak makan buah rambai..hasil kayunya boleh jadikan benda lain ye Pakcik WP..

    BalasPadam
  4. masa kecik memang selalu la panjat pokok rambai ni.

    BalasPadam
  5. kreatif betul wak ... alas pemotong daging tu mahal tu kalau dijual

    BalasPadam
  6. Wahh cantik hasil dia last sekali. Buat bangku

    BalasPadam
  7. kreatif, boleh buat sendiri bangku camtu...save RM, tau..hehe

    BalasPadam
  8. KAYU YG TAHAN BUAT PERABOTPUN BOLEH TU

    BalasPadam
  9. bila ditebang maka berakhirlah jasa pokok rambai ini kepada tuan tanah

    BalasPadam
  10. Cantik kayu dia, dan makin cantik bila diubah menjadi tempat duduk.. anyway, TAHNIAH diucapkan kerana awak menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2019/10/top-commentator-bulan-oktober-2019.html

    BalasPadam
  11. saya suka buah rambai ni. Lama tak makan. Semoga projek reban ayam berjalan lancar

    BalasPadam
  12. kreatif pulak wak.. pokok rambai kalau yang tinggi sangat nak ambil buah pun payah.. tapi kalau ditebang tak tinggal baka langsung ni tak boleh jugak nanti cucu cicit tak kenal hii

    BalasPadam
  13. cantik pula bila wak jadikan bangku dan papan pemotong tu..

    BalasPadam
  14. Kalau dekat, Saya minta satu papan kayu pemotong tu Wak..bestnya kalau tokek ayam dan ikan...

    BalasPadam
  15. cantik kayunyaaa.. sayang pulak pokok

    BalasPadam
  16. Kat kampung SA masih ada lagi pokok rambai ni...SA suka makan jugak..cuma tak pandai makan dan telan..mesti buang bijinya..hahaha...

    BalasPadam
  17. Bila dah ditebang maka berakhirlah ia. Bestnya buah rambai

    BalasPadam