Khamis, 10 Oktober 2019

Tuai Nangka Madu J33

Salam bertani

Sekarang ni tengah musim buah nangka. Beberapa pokok nangka madu j33  di dusun WP sudah mula matang buahnya. Wak biarkan buahnya masak di pokok barulah dituai. Sebahagiannya untuk santapan keluarga dan jiran-jiran dan ada juga yang wak jual.


Buah nangka madu j33 yang matang di pokok sebelum dituai.
Ada yang masih dibungkus menunggu masa untuk dituai.


Tuaian buah nangka madu j33.


Proses mengupas buah nangka.
Nangka madu j33 tidak bergetah.


Potongan buah nangka sebelum dikupas.


Isi nangka selepas dibuang empulurnya.


Hasil kupasan


Isinya tidak lembik dan tidak berair.
Tahan lama disimpan dalam peti ais.
Salam bertani.

40 ulasan:

  1. Balasan
    1. nangka madu j33 ni paling sedap, manis dan rangup.

      Padam
  2. Cantiknya warna dan isi dia 😎👍🏻

    BalasPadam
  3. pergh...sedap sungguh untuk dibuat kudapan waktu petang

    BalasPadam
  4. my favourite ni. buat pengat pun sedap!

    BalasPadam
  5. sedap nya wak, dapat makan fresh2 pun layan, buat kolak pun best jugak wak...

    BalasPadam
  6. Ya Allah , silap waktu datang ziarah blog nie . Sedapnyaaaa . . Pagi-pagi dah buat kecur air liur . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaflah kalau mengganggu gugat selera
      jenuh juga mengupas sebiji tu

      Padam
  7. WOW POKOKNYA KECIL BUAHNYA BESAR..TERBAU AROMANYA MANIS N SEDAP

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru berbuah kali ke-dua PI
      Musim ni ada dalam 10 biji sepokok tu.

      Padam
  8. besar & gemok2 jugak buahnya. rezeki b'budi pd tanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2an terus subur dan mengeluarkan banyak hasil

      Padam
  9. I really like ones own blog post. Pictame is an online instagram tool where you can analyze your accounts instantly with its own developed algorithm. With this tool you can instantly see your own profile strength and interaction rates. This tool is completely free.

    BalasPadam
  10. Banyak isi nangka tu Wak.. sedapp ja tgk.. antara buah kesukaan sy & suami ni.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. isi nangka masdu j33 ni boleh tahan seminggu dalam peti ais.
      Kalau nangka biasa, sehari dua aje dah lembik berair.

      Padam
  11. Sedapnya nangka tapi Kak Sue tak tahan kalau makan yang masak kat pokok, kalau masak gulai nangka muda boleh lah pulak.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kata nangka j33 ni yak mendatangkan alahan kepada perut seperti nangka lain.

      Padam
  12. Buat pengat sedapnyaaa Wak..tapi kalau nak buat, rumahnya Saya sorang je laa makan huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat rumah wak ni, kalau wak tak kupas, semua tak merasa.
      Dah kupas, masuk dalam peti ais, laju aje susutnya.

      Padam
  13. Wah.besar..brp kilo buah tu sebiji wak..dibiarkan gitu saja xder ker babi menyondol, x pun monyet berkenduri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih 10 kg kang.
      Dusun wak berpagar, babi segan nak masuk.
      Monyet pun segan dengan wak, sesekali ada juga datang.

      Padam
  14. Buat kerepek boleh ni Pakcik WP.. Sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang buat kerepek tu mereka guna nangka Mastura.
      j33 ni sedap dimakan segar.

      Padam
  15. Sedapnya nangka madu. tengah musim ye. harap ada rezeki lah merasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada orang jual nangka madu kupas ni di tepi2 jalan atau di pasar malam.
      Di pasar raya pun ada agaknya.

      Padam
  16. besarnya nangka tu, mengoda isinya. lama tak makan nangka

    BalasPadam
  17. cantiknya ulas2 nangka madu WP, selalu kalau balik kg arwah mertua di jalan Bentong-raub tu penuh orang jual nangka madu ni di kiri kanan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Area Bentung-Raub tu memang tempat nangka madu.
      sama macam duarian musang king.

      Padam
  18. Balasan
    1. rezeki daripada Allah yang tak sehabis-habisnya.
      In syaa Allah.

      Padam
  19. Untung berbakti dgn tanah.. byk betul using Tu

    BalasPadam
  20. Emmm sedapnya 😋 nangka..
    Kalau dekat dah hulur bekas utk diisi nangka madu ini...
    Di Shah Alam 5 ulas dah RM 5..

    BalasPadam
  21. Sedapnya. Patut la dah ada beberapa orang jual dalam bandar, dah musim yer

    BalasPadam
  22. sedapnyaaa nangka madu! aduhai, teringat2 nangka kat kampung hari tu!

    BalasPadam
  23. Sedapnyaaaa..fav anak dara SA ni..SA pun suka tapi x leh makan..semput macam hilang nyawa kang...

    BalasPadam