Wak ada tanam beberapa pokok betik di sekeliling rumah. Kebanyakannya sudah berbuah dan memberikan hasil yang berterusan. Buah betik matang enak dimakan sebagai pencuci mulut apatah lagi kalau disimpan di dalam peti ais.
Di antara khasiat buah betik termasuklah untuk melawaskan sistem pencernaan kita terutama untuk mengubati sembelit dan buasir. Buah betik juga boleh mengurangkan risiko penyakit batu karang dan dapat merawat masalah kulit terutama kulit muka. Ia juga sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang mengandung kerana mengandungi vitamin A dan vitamin C yang tinggi serta serat.
Selain dimakan segar buah betik juga boleh dijadikan jus, jem, jeruk, kerabu dan masakan. Pucuk dan bunga betik pula boleh dijadikan ulaman selepas direbus.
Pokok betik jantan tidak berbuah.
Bunga dan pucuknya boleh direbus untuk dijadikan ulaman.
Buah betik matang yang baru dituai.
Simpan dalam esbok, dah sejuk baru makan.
Isi betik matang yang masih keras enak dimasak tumis.
Salam bertani.
Sedapnya bunga dan pucuk betik dibuat kerabu
BalasPadamsaya suka betik separuh masak dibuat sayur bening
Sedapnya buah betik masak kuning tu. Kadang yang muda sikit tu buat goreng pedas pun sedap
BalasPadamSuka makan betik masak lemak wak.. yg masak makan biasa mcm tu pun suka
BalasPadamSedapnya masak bening lada hitam betik muda tu Wak...nak sebiji Wak!!
BalasPadamSedapnya..masa pregnant 1st anak asyik nak makan betikk...puas suami carikan..
BalasPadambetik muda buat bening pun
BalasPadamsedap campur dgn pucuk manis
mkn dgn sambal belacan
peerrhhh!!!
Sy suka betik masak, makan sebiji seorang sampai naik kembung perut, hahahha
BalasPadamsedap dan segar nampaknya tu
BalasPadambetik yg segar dan subur.., alhamdulillahh
BalasPadamSedap betik.lagi-lagi betik panjang..
BalasPadamsegar - segar pokok betik wak
BalasPadamMungkin silap topik, nak tanya, betulkah daun pisang yang kuning sikit pun perlu dicantas?
BalasPadamBetik baru kuning sedap buat masak air dengan bayam.
BalasPadamMak saya suka betik tumis tu WP.... Dulu dulu masa zaman kecik, mmg biasa makan lauk macam ni, sekarang ni kalau saya masak, tak de sapa yg nak makan kot. Anak anak tak biasa
BalasPadamyang matang dan masih keras tu kalau dibuat betik asam boi pun sedap juga.. hehehe
BalasPadamLEBAT BETUL BUAH BETIK WP
BalasPadamBetik yang abah SA tanam depan rumah dah hampir habis buahnya...tinggal yang di atas sekali..satu pokok dah tebang sebab batang dia dah mati..walau buah ada lagi yang jenis betil panjang
BalasPadambetik yg manis ltk dlm peti ais lps tu br mkn..yummyyy
BalasPadamFirst time tgk betik tumis
BalasPadamTeringat arwah tokwan suka sangat betik
BalasPadamRajin tanam pokok betik ya
BalasPadamteringin nak makan halwa betik. tiba-tiba sangat
BalasPadamsejak makan buah betik aje memanjang kat sabah ri tu, saya jadi penggemar buah ni...bagus, memang lawasssss! hahaha
BalasPadam