Beberapa pokok nanas MD2 sudah mula mengeluarkan hasil selepas setahun ditanam. Nanas MD2 ditanam menggunakan sulur dan boleh juga menggunakan jambul buahnya. Untuk mendapatkan hasil yang hampir serentak pokok nanas MD2 perlu diberikan hormon untuk berbunga.
Buah nanas MD2 sangat manis, tidak lidas dan tahan lama selepas dituai berbanding nanas-nanas lain. Itu sebabnya harga buah nanas ini agak tinggi kerana permintaan yang menggalakkan.
Pokok nanas MD2 yang sedang berbuah.
Pokok nanas ini mengeluarkan dua sulur yang boleh dijadikan
bahan penanaman.
Beberapa pokok nanas MD2 yang sudah mengeluarkan hasil.
Nanas MD2 yang ditanam di tanah pamah lebih manis dan
berkualiti berbanding tanah gambut.
Tanaman tidak berapa subur kerana mengalami 2 kali kemarau
pada tahun ini.
Buah nanas MD2 sudah matang dan sesuai dituai.
Hasil tuaian nanas MD2
Tuaian nanas MD2 disamping hasil-hasil lain daripada dusun WP.
Salam bertani.
Sihat-sihat semuanya.. puas hati dapat hasil begini..
BalasPadamBaru tahu nama nenas ni MD2
BalasPadamkaya dengan vit c
BalasPadamsedapnya nenas
suka sgt
wahh dah mengeluarkan hasil ye nanas..nampak subur & sihat..;)
BalasPadambila dah nampak hasil rasa teruja pulak
BalasPadamTanaman nenas susah nk kena penyakit mcm betik,kan..
BalasPadambestnya wak, abah pun dah mula menanam nenas md2 nih kt rumah. dek kerana rasa manisnya yang sedap
BalasPadambuah nya pun cantik, kilat je dalamnya... terliur nengok nenas ni wak, teringat2 kesedapannya
dulu sy suka mkn nanas tp sejak operate bt karang ni, dah x buleh mkn...huhuhu..
BalasPadamDulu PC tak suka nanas ni..kerana pertama kali makan lidah rasa sakit..rupanya itulah lidas..tapi mama nak juga PC makan buah nanas..jadi mama buatkan ais krim..lama-lama PC suka dan boleh terima semula..
BalasPadamSeronoknya hasil sendiri.
BalasPadamSuka mkn nenas MD2 sbb tak masam, tak lidas.
seronok tengok hasil tanaman sendiri, nenas nya pun cantik dan menyelerakan
BalasPadamMana nak dapat hormon untuk berbunga tu...?
BalasPadamPatutlah mahal. Jenuh juga tu nak tunggu nanas berbuah makan tahun juga ye
BalasPadamOhhh special ye nenas MD ni tak lidas...Tulah tu malasnya makan nenas ni, lidah tu jadi lidas.... sehari lidah tak best hihi
BalasPadamkalau tak menyebabkan lidas, boleh dicuba nie..
BalasPadamSuka nanas MD2 sebab tak lidas lidah...lama dah x makan nanas....
BalasPadamWah sedapnya buahan tempatan
BalasPadamrajin WP bertani, nampak enak dan ranum buah-buahan yang dipetik
BalasPadammeriahnya bebuahan itu waakkkk
BalasPadamnak tanye brapa kalikah pokok nanas nanas berbuah untk satu pohon
BalasPadamSatu pohon nanas hanya berbuah sekali (sebiji sahaja)
BalasPadamSelepas berbuah, anak2 nanas yang dihasilkan perlu ditanam semula dan tunggul induknya dibuang.