Rabu, 29 Julai 2020

WW 183 : Atuk Pun Tak Pakai Kasut Adidas

Salam bertani


Cucu wak balik kampung.
Umur baru 11 bulan, belum pandai jalan dah pakai kasut adidas




Sebesar tapak tangan aje.

Salam bertani.

Isnin, 27 Julai 2020

MB 136 : Sayur Pucuk Meranti Tumis

Salam bertani


Menu sayuran tengah hari minggu.
Pucuk meranti masak tumis.


Tuaian pucuk meranti 


Tanaman sayuran meranti organik  di dusun.

Salam bertani

Sabtu, 25 Julai 2020

Menanam Pokok Buluh Madu

Salam bertani

Hari ini wak menggali beberapa batang pokok buluh madu untuk dijadikan bahan penanaman. Pokok buluh madu ini sudah wak potong beberapa minggu yang lalu kerana terlalu rimbun menutupi kawasan reban ayam.  Tunggul buluh madu yang sudah bertunas dan berakar ini wak tanam di dusun memandangkan masih ada kawasan yang lapang di sana.

Jangka masa setahun diperlukan untuk pokok buluh madu menghasilkan rebung yang sesuai dituai. Hasil utama tanaman buluh madu ialah rebungnya. Rebung buluh madu paling sedap dijadikan masakan kerana rasanya yang manis, lebih rangup dan tidak berbau.


Anak pokok buluh madu yang baru ditanam


Bahan penanaman buluh madu yang digali
daripada rumpunan dewasa.


Bahan penanaman buluh madu yang sesuai ditanam.
Tunggul buluh dewasa yang berakar dan sudah bertunas
selepas beberapa minggu dipotong. 


Ditanam di tapak pokok pinang merah yang baru ditebang


Sepohon lagi


Tanam tepi pagar dusun. 


Dua batang disemai dalam polibeg


Pokok induk buluh madu di hadapan reban ayam sebelum dipotong


Rebung buluh madu yang sesuai dijadikan sayuran.

Salam bertani.

Khamis, 23 Julai 2020

Menanam Pokok Ketum Ayam

Salam bertani

Benih keratan batang pokok ketum ayam yang wak semai di dalam polibeg sudah pun membesar dan telah diubah ke tapak penanaman kira-kira tiga bulan yang lalu. Pokok ketum ayam yang wak tanam di tepi pagar dusun ini kelihatan subur dan cepat membesar. Wak belum cuba menuai daun pokok ketum ayam ini kerana ingin membiakkannya terlebih dahulu supaya lebih banyak pokok dapat ditanam.

Daun ketum ayam adalah makanan akternatif bagi ternakan ayam selain daripada dedak ayam dan jagung. Oleh kerana  makanan ayam semakin meningkat harganya, penggunaan daun ketum ayam dapat mengurangkan kos makanan ayam. Daun ketum ayam dikatakan mempunyai kadar protien yang tinggi (melebihi 20%) dan kadar lemak yang rendah sesuai dijadikan makanan organik segar kepada ternakan ayam atau pun ternakan ruminan.


Pokok ketum ayam di tapak penanaman berumur 3 bulan


29.11.2019
Membeli seikat keratan batang pokok ketum ayam
daripada pengusahanya, Pak Tam.


29. 12. 2019
Keadaan keratan batang pokok ketum ayam
yang telah disemai di dalam polibeg.


27.04 .2020
Anak pokok ketum ayam diubah ke tapak penanaman


27.06.2020
Setelah 2 bulan ditanam


22.07.2020
Keadaan terkini pokok ketum ayam


Ditanam sebaris di tepi pagar dusun


Salah satu daripada 11 pokok ketum ayam


Semuanya kelihatan subur menghijau


Pokok ini mudah dibiakkan dengan keratan batang.
Mengeluarkan akar pada ruas batangnya.
Boleh dipotong untuk dijadikan tanaman baharu.
Salam bertani.

Rabu, 22 Julai 2020

WW 182 : Buah Belinjau Rebus

Salam bertani


Merebus buah belinjau


Buah belinjau selepas direbus


Isi buah belinjau rebus selepas dikupas kulitnya.


Setangkai buah belinjau di pokok


Tuaian buah belinjau matang.

Salam bertani.

Isnin, 20 Julai 2020

MB 135 : Ubi Rebus Goreng Celup Tepung

Salam bertani

Niat asalnya wak rebus ubi kayu indon ni untuk buat tapai, tapi terovercooked jadi lembiklah pulak.
Tak boleh buat tapai, kita goreng tepunglah buat ngopi time hujan-hujan petang ni.



Ubi rebus goreng celup tepung


Regukan dengan sambal kicap jawa


Jom ngopi  gobres

Salam bertani.

Sabtu, 18 Julai 2020

Mendolomite Anak Durian

Salam bertani.

Pada pagi ini wak menabur dolomite kepada anak-anak pokok durian  di kebun. Dolomite ialah sejenis batu kapur serbuk yang biasa digunakan oleh petani-petani terutama sekali untuk kawasan tanah yang berasid. Bagi tanaman anak durian, dolomite boleh digunakan sebagai baja lubang sebelum penanaman dan boleh juga ditaburkan di sekeliling pokok.

Diantara manfaat dolomite ialah ia mengandungi unsur magnesium dan kalsium yang diperlukan untuk tumbesaran pokok. Magnesium diperlukan untuk menghijaukan daun dan meningkatkan proses potosintesis. Manakala kalsium diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan akar dan pucuk muda serta dapat mengelakkan daun luruh.

Manfaat utama dolomite ialah ia dapat mengurangkan keasidanan tanah serta menstabilkan pH tanah yang sesuai bagi tumbesaran pokok. Bagi tanaman durian pH yang sesuai ialah diantara pH5.5 hingga 6.5. Tanah yang terlalu berasid akan menyebabkan pokok bantut dan tidak mahu membesar kerana akar tidak dapat menyerap nutrien dengan sempurna. Kadar pH tanah boleh diuji dengan menggunakan alat pengukur pH.

Dolomite juga dapat memperbaiki struktur tanah terutama bagi tanah gambut, tanah berpasir atau tanah liat. Ia akan memudahkan akar menyerap nutrien dan dapat meningkatkan aktiviti bakteria baik untuk tanah.

Wak tunjukkan sebahagian daripada lebih 60 pokok anak durian klon yang telah diberikan dolomit tersebut. Mudah2an anak durian yang wak tanam cepat membesar dan mengeluarkan hasil.


Satu beg kapur dolomit 50 kg
Mengandungi 20% Mg  dan 32% Ca
pH 9


Bentuk kapur dolomit serbuk
Taburkan di sekeliling anak pokok.


Anak durian musang queen @ tekka
D160


Anak durian golden bun
D13


Anak durian duri hitam
D200


Anak durian puang manee (Siam)


Anak durian nok kracip (Siam)


Anak durian kim hong
D198


Anak durian udang merah
D175


Anak durian musang king
D197

Salam bertani.

Khamis, 16 Julai 2020

eNon Dalam Kenangan

Salam bertani

Salah seekor kucing wak telah pergi buat selama-lamanya di klinik haiwan semalam. Si eNon ni dah beberapa hari tak mahu makan, jadi pn is3 wak bawa ke klinik haiwan. Doktor buat cek darah dan x-ray.  Kata doktor ada jangkitan di rahimnya sebab tidak dibedah dengan sempurna semasa spayed dulu. Doktor membuat pembedahan untuk membuang jangkitan tersebut tetapi eNon mati sehari selepas pembedahan tersebut. Kami sekeluarga merasa amat sedih dan sayu di atas kehilangannya.



eNon dalam kenangan


Rawatan di klinik haiwan


x-ray


Ujian darah


Jasad eNon sebelum disemadikan


eNon dalam kenangan :


eNon dan keluarganya


Dua beradik sekelahiran


Posing dua beradik
Dua-dua obes


eNon sedang tidur.


Renungan terakhir eNon sebelum rawatan

Hidup ini tiada yang kekal
Salam bertani.