Jumaat, 10 Julai 2020

Tanam Bunga Rose Jepun

Salam bertani

Pokok bunga rose jepun (potulaca) adalah tanaman hiasan berbunga yang sangat mudah ditanam  dan tidak perlukan penjagaan yang rapi. Ia cepat berbunga berwarna-warni asalkan mendapat pencahayaan matahari penuh dan bekalan air yang cukup. Bunganya akan mula kembang  pada waktu pagi sebab itu ia kadang-kadang dipanggil bunga pukul sepuluh.

Penanaman pokok bunga rose jepun boleh menggunakan keratan batang atau pun semaian dengan biji benih. Tapi lebih mudah menanam menggunakan keratan batang. Ia tidak perlu disemai dan boleh terus ditanam di dalam pasu atau di atas tanah. Tanah gembur yang tidak menakung air amat sesuai untuk media penanaman pokok bunga rose jepun ini.

 Pokok bunga rose jepun rajin berbunga bila musim panas kerana ia memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Malah ia akan menjadi kurang subur apabila musim tengkujuh atau kerap terkena hujan.

Pembajaan yang sesuai ialah menggunakan baja cecair secara semburan atau baja organik yang boleh ditabur di sekeliling pokok.


Bunga rose jepun ditanam di dalam bekas


Ditanam di atas tanah


Di tanam dalam pasu gantung


Ditanam dalam kotak plastik


Bunga rose jepun


Warna kuning


Bekas  botol plastik minyak masak


Terus semai keratan batang ke dalam pasu


Beberapa hari selepas disemai.

Salam bertani.

26 ulasan:

  1. Saya pun ada tanam, baru sebulan..tapi kurang bunga sbb selalu hujan, daunnya kemain subur.

    BalasPadam
  2. cantik ros jepun berbunga selalu hiasi lanskap laman

    BalasPadam
  3. cantiknyaa! warna warni kehidupan bunga2 tu. nak satu dua huhuhu

    BalasPadam
  4. Ini rupanya bunga ros jepun. Selalu nampak tapi tak tahu nama.hahah

    BalasPadam
  5. Yang tanam dalam pasu gantung tu cantik betul

    BalasPadam
  6. kecik2 dulu slalu panggil bunga pukul 10 sebab dia berbunga pkol0. kena selalu petik baru banyak bunga kan

    BalasPadam
  7. macam mau tanam bunga juga. haha

    BalasPadam
  8. saya suka bunga ni, cantik tapi takda tanam. takda ruang dah kat rumah tu, kebun sayur mak

    BalasPadam
  9. betul. cucuk je kat tanah dan boleh hidup. cantik pun cantik tapi tu lah kembang pagi je :)

    BalasPadam
  10. Ya Allah, cantiknyaaaa....saya suka sangat bunga ni.Baru tahu namanya Rose Jepun

    BalasPadam
  11. Bunga Ros Jepun namanya..cantik

    BalasPadam
  12. Bila serentak mengembang sedap mata memandang keindahannya. Cepat ceria kan Taman

    BalasPadam
  13. Geram nengok bunga ni, kembamg jam 10am sekejap aje, kang petang malam layuu...kenapalah tak kembang selalu ek hehehehe

    BalasPadam
  14. mak saya tengah in mood sangat dengan bunga ni..
    tapi skrng tngh biak banyk2 dlu di rumah nenek sbb lagi cantik ada atas pagar.. nnt baru bwk ke rumah.

    hurmm kalo saya ni suka tengok tapi kalo suruh jaga xmoo..

    BalasPadam
  15. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam