Khamis, 13 Disember 2018

Menggalah Sungai

Salam bertani

Musim hujan sudah bermula.
Air sungai mula meningkat.
Anak-anak udang galah mula membesar.
Jom layan mancing.



Tuaian sepetang


Seekor udang galah yang baru mendarat.

Salam bertani

Ahad, 9 Disember 2018

Pokok Lada Solok

Salam bertani

WP ada menanam 2 pokok lada solok di dalam polibeg dan diletakkan di dalam kotak polystrin.
Alhamdulillah, kedua-duanya sudah mengeluarkan hasil untuk kegunaan sendiri. Buah lada solok sama sahaja seperti lada biasa cuma warnanya agak cerah/putih semasa muda. Rasanya pula kurang pedas berbanding lada lain. Buah lada solok biasanya dibuat 'solok lada' yang biasa kita jumpa di dalam menu nasi kerabu.


Buah lada solok matang yang mengandungi biji benih


Dua pokok lada solok di dalam polybeg


Buah lada solok agak cerah warnanya


Penjagaannya sama seperti menanan pokok cili


Hanya dijadikan tanaman hiasan


Buah lada solok.

Salam bertani.

Isnin, 26 November 2018

MB 66 : Tidur

Salam bertani


Malasnya nak pergi kerja pagi Isnin ni
Tidur lagi seronok.



Salam bertani

Ahad, 25 November 2018

DIY Rumah Baru

Salam bertani

 Hampir dua minggu WP bertungkus lumus membina sebuah rumah baru untuk kehidupan yang lebih selesa. Ahli keluarga baru semakin ramai dan meriah. Tentu seronok mereka dapat rumah baru yang lebih luas.


Mendirikan tiang dan mengikat batu blok


Lantai pasir sungai


Pandangan dari dalam rumah baru.
Di luar kelihatan rumah lama yang mungkin akan dirobohkan.


Bahagian dinding dan bumbung siap dipasang


Rumah baru yang lebih luas dan selesa siap sepenuhnya


Ahli keluarga baru cecah kaki ke dalam rumah baru.



Sangat luas dan selesa untuk 60 penghuni


Eh! kita masuk blog 
Seganlah pulak aku masih togel.

Salam bertani.

Jumaat, 5 Oktober 2018

Ikan Sembilang Masak Asam Pedas

Salam bertani.

Malam ini pn. is3 masak ikan sembilang gulai asam pedas. Ikan sembilang ni memang kesukaan dia sebab dia asal orang tepi laut. Kebetulan pada petang tadi, abang ipar menghantar dua ekor ikan sembilang yang baru dipancingnya. WP orang darat tak makan ikan sembilang, kalau ikan keli makanlah.

Ikan sembilang masak asam pedas.


Ambil bahagian kepalanya sahaja.
Sebelum dimasak, rendam dengan air asam dan garam untuk
menghilangkan hanyirnya.


Ikan di laut
Asam di darat
Di dalam periuk bikin muafakat.
(siap nyanyi lagi)



Kepala ikan sembilang masak asam sedia dihidang


Jemputlah makan


Kedua-duanya bertelur.
Menu esok pula agaknya.

Salam bertani.

Sabtu, 29 September 2018

Pokok Telang

Salam bertani

Pokok telang merupakan sejenis tumbuhan kekacang yang hidup menjalar dan memanjat junjungan atau tumbuhan lain. Ia mengeluarkan banyak bunga berwarna biru yang cantik dan sesuai djadikan tanaman hiasan pemanjat pagar atau pagola. Bunganya akan membentuk kekacang yang boleh dijadikan biji benih malah kekacang pokok telang ini boleh dimakan sebagai peransang minda.

Selain bunga telang yang cantik dijadikan penyeri lamam ia juga dimanfaatkan sebagai pewarna kepada makanan dan beberapa produk lain. Selain bunganya yang ada nilai herba, daun, akar dan kekacangnya juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan terutama untuk wanita.

Kita sekarang jarang memanfaatkan khasiat herba daripada pokok telang dan kebanyakan bunganya  akan berguguran begitu sahaja seperti yang WP tanam ini. Hanya sekadar jadi tanaman hiasan sahaja.


Sekuntum bunga telang yang sedang mekar



Pokok telang yang memanjat junjungan


Bunga dan kekacang telang


Daun pokok telang


Perlu pencahayaan penuh untuk rajin berbunga.


Bunga yang cantik, mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.


Salam bertani.