Memaparkan catatan dengan label ikan air tawar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan air tawar. Papar semua catatan

Ahad, 6 Februari 2022

MB 183 : Menawar Sungai

 Salam bertani

Hasil tangkapan sepanjang pengukuran sungai selepas musim tengkujuh ini.  

Jom layan :                                          



Ikan jelawat

Ikan puyu


Ikan lampam


Ikan sebarau


Ikan seluang


Ikan ketutu


Ikan tapah


Ikan tilapia dan lampam


ikan tilapia


Ikan patin


Udang kara

salam bertani

Isnin, 22 November 2021

MB 176 : Ikan Puyu Goreng

 Salam bertani


Ikan puyu siam goreng


Sepenuaian


Sembelih dua ekor aje sebab wak seorang yang makan


Makan nasi putih dengan ikan puyu goreng panas-panas
Mengimbau kenangan semasa zaman susah masa lalu


Masak gulai pun sedap

Salam bertani

Jumaat, 17 September 2021

Bela Ikan Tilapia

 Salam bertani

Pagi tadi wak melepaskan 12 ekor anak ikan tilapia ke dalam kolam di dusun WP. Kolam ni dah siap sejak bulan Mac yang lalu, airnya wak gunakan untuk menyiram anak pokok durian. Jadi wak cubalah masukan anak ikan tilapia daripada kolam itu dibiarkan kosong sahaja. Mudah-mudahan menjadilah sebab ikan tilapia ini mudah dibela dan cepat membiak.


Wak lepaskan 12 ekor anak ikan tilapia merah ke dalam kolam
Anak ikan sebesar 3 jari orang dewasa


Inilah kolam takungan air di dusun WP
Sekarang dah dihuni 12 ekor ikan tilapia


Ikan tilapia merah di tempat baru


Yamg ada tompok-tompok hitam tu wak panggil ikan tilapia komando
(kacukan ikan tilapia hitam dan merah)


Semoga serasi di tempat baru


Makanan ikan tilapia
Wak bagi sehari sekali waktu pagi

Salam bertani

Khamis, 19 September 2019

Ikan Air Tawar

Salam bertani

Salah satu sumber lauk pauk makanan kita ialah ikan dan hidupan air tawar. Ikan air tawar ini hidup secara semula jadi di sungai, tasik, tali air, parit dan sebagainya. Sebahagian ikan air tawar ini sekarang dibiakkan dan diternak secara komersial kerana permintaannya yang tinggi. Sebahagiannya pula sudah amat sukar dijumpai dan kemungkinan akan pupus.

Sejak kecil wak dah biasa bergelumang dengan hidupan air tawar ini kerana tinggal berhampiran sungai, tasik dan sawah padi. Apatah lagi, arwah bapa wak dulu memang bekerja sambilan dan mempunyai kepakaran sebagai nelayan darat. Wak selalunya menggunakan jala, jaring, tajur atau pancing untuk mendapatkan hidupan air tawar ini.  Cuma sekarang, wak hanya sesekali mengukur sungai untuk menjejaki hidupan air tawar ini.

Wak nak tunjukkan beberapa jenis hidupan air tawar yang sempat dirakamkan sebelum menjadi mangsa santapan wak sekeluarga.


Ikan tilapia


Ikan temperas


Ikan puyu


Ikan haruan


Ikan keli


Ikan patin (yang besar)


Ikan sepat perak


Ikan tapah


Ikan baung


Ikan jelawat


Ikan ketutu


Ikan toman


Ikan sebarau


Ikan lalang


Ikan belida


Udang galah


Ikan keting


Udang kara


Ikan terebul


Hasil sepenjalaan


Hasil sepenjalaan yang lain.


Salam bertani.

Selasa, 10 September 2019

Ikan Puyu

Salam bertani

Kawasan tempat wak sekarang tengah musim kemarau sebab sudah lama tak hujan.  Air sungai pun dah berkurangan. Wak mengambil kesempatan  memancing ikan puyu untuk juadah hari ini.
Wak hanya gunakan pancing berjoran buluh dengan umpan cacing tanah. Walau pun sekarang ikan puyu semakin berkurangan, wak dapat juga mendaratkan lapan ekor untuk dibawa pulang.


Hasil sepancingan


Siap siang tiga ekor


Ikan puyu masak asam pedas.
Jemputlah makan.

Salam bertani.