Jumaat, 29 Disember 2017

Ikan Seluang Goreng Tepung

Salam bertani

WP nak tunjukkan menu minum petang tadi. Ikan seluang goreng celup tepung yang rangup dan lazat. WP tak makan hidangan ini dengan nasi sebaliknya buat juadah minum petang bersama kopi gobres. Ikan seluang goreng celup tepung ni boleh dimakan bersama-sama tulang dan kepalanya kerana semuanya garing dan rangup. Tidak bersisa.



Ikan seluang (WP panggil iwak wader) adalah ikan air tawar yang biasa mendiami sungai yang berarus. Saiznya kecil sahaja lebih kurang sebesar jari telunjuk orang dewasa. Hidup secara berkumpulan di permukaan air dan mudah ditangkap menggunakan pancing. Perlu ada teknik/skill memancing ikan seluang kerana ia makan umpan secara menyambar di permukaan air.

Ikan seluang  sangat lazat tetapi semakin sukar ditemui kerana populasinya yang semakin berkurangan.

Salam bertani.

Khamis, 28 Disember 2017

Buah Cempedak

Salam bertani

Ada beberapa pokok cempedak yang sedang berbuah lebat di dusun WP. Sebahagiannya sudah matang dan dijual di paskam. Buah cempedak enak dimakan sebagai pencuci mulut dan sesuai juga digoreng untuk santapan pada waktu petang. Jom layan gambar-gambar yang disediakan.



Sepohon cempedak yang berbuah lebat di hujung kebun.


Buah cempedak masih muda


Berbuah hingga ke perdu pokok


Buah yang cantik


Buah cempedak perlu dibalut supaya tidak rosak/busuk.
Pilih sebiji buah sahaja setiap tangkai (penjarangan) supaya
buah lebih besar dan berkualiti.


Buah yang dibungkus hampir matang.


Hasil tuaian cempedak yang dijual di paskam


Cempedak matang selepas diperam


Berat sebiji di antara 2 hingga 5 kg.
Harga sekg RM5.00


Isi cempedak


Cempedak goreng.
Jemputlah makan.



Salam bertani.

Isnin, 25 Disember 2017

MB 28 : Tamat Tempuh

Salam bertani

Walau pun sangat berjasa dan bermanfaat terpaksa dilepaskan jua.




Salam bertani.

Ahad, 24 Disember 2017

Hidupku Bertani

Salam bertani

Memandangkan sudah seminggu tiada hujan dan cuaca yang panas terik, WP ambil kesempatan untuk membersihkan kawasan lapang di dusun. Tapak ini asalnya adalah kawasan tanaman pokok getah yang telah ditebang dan dijual kayunya. WP telah menggantikannya dengan tanaman pokok durian duri hitam dan musang king. WP bercadang untuk menanam sayur-sayuran kampung sementara menantikan anak pokok durian membesar.



Kawasan lapang yang sesuai untuk bercucuk tanam.
Rumpai telah kering selepas  diracun.
Latar belakang pokok getah, pulasan dan manggis.


Rumpai kering dan kayu dikumpulkan untuk dibakar



Kayu-kayu getah dan rumpai dikumpulkan dan dibakar



Ada bekalan air untuk bercucuk tanam.


Cuaca yang panas memudahkan proses pembakaran 


Api sedang marak


Kawasan yang dibersihkan.
Berlatarbelakangkan  dusun buah-buahan


Anak pokok durian duri hitam
Pokok durian dewasa dan manggis di belakangnya.



Anak pokok durian musang king


Pokok durian musang king berumur setahun.
Bila berumur lima tahun ia akan mula berbunga.


Hasil dusun.
Buah durian Kim Hong.

Salam bertani.



Rabu, 20 Disember 2017

Musim Rambutan

Salam bertani

Ada banyak pokok rambutan di kebun WP. Kebanyakannya adalah rambutam merah dan ada beberapa pokok rambutan kuning. Kesemuanya jenis rambutan klon seperti jarum emas, budak sekolah, gula batu, deli cheng, mas gading  dan rambutan jenis lama R6.

Pada musim kali ini hanya beberapa pokok sahaja yang berbuah dan kebanyakannya sudah pun matang dan boleh dituai. Sebahagian hasil adalah untuk kegunaan sendiri dan ada juga yang dijual.
Malah sebahagiannya adalah rezeki monyet-monyet yang sentiasa mengambil peluang untuk merasai kelazatannya.


Buah rambutan no6 yang sudah matang di pokok.
Jenis klon rambutan ini sudah jarang-jarang ditemui.


Bunga rambutan


Bunga rambutan membentuk putik buah


Buah rambutan muda


Buah rambutan muda mula berisi


Buah rambutan hampir matang.
Berjuraian hampir ke tanah


Buah rambutan anak sekolah.


Buah rambutan jarum emas hampir matang.
Buahnya berjuraian hingga mencecah tanah.




Rambutan R6 sangat manis tetapi berair



Sepohon yang lain


Sudah merah menyala


Buah rambutan gula batu yang dijual di paskam
hujung minggu lepas.


Pulang dari kebun tengah hari tadi.
Bawa setangkai rambutan anak sekolah dan
dua biji cempedak yang masak di pokok.



Salam bertani.


WW : Bunga 64

Salam bertani












Salam bertani

Isnin, 18 Disember 2017

MB 27 : Projek Manis

Salam bertani

WP baru sahaja selesai menanam tiga batas panjang pokok sayuran pucuk manis di kebun.
In syaa Allah, akan ditambah lagi sedikit demi sedikit.



Pokok pucuk manis ditanam dengan keratan batang.


Dua baris panjang pokok pucuk manis yang baru ditanam.


Sebahagian tanaman pucuk manis mula bertunas


Sebatas lagi disiapkan pada pagi ini.

Alhamdulillah, mudah-mudahan berhasil.
Salam bertani.