Khamis, 14 Disember 2017

Tempahan Telur Masin.

Salam bertani.

WP mendapat tempahan telur itik masin oleh seoang sahabat untuk persediaan majlis pernikahan anaknya pada hujung minggu ini. Proses membuat telur masin memakan masa antara dua hingga tiga minggu lamanya. Alhamdulillah, 120 biji telur masin telah selamat dihantar ke rumahnya.


Telur itik direndam dalam larutan garam selama  dua hingga
tiga minggu. Lebih lama akan lebih masin rasanya.


Satu tabung memuatkan 28 - 30 biji telur. Campurkan sesudu cuka makan 
untuk mengekalkan kejernihan larutan garam dan mengelakkan larutan berbau.


Telur itik boleh dikeluarkan selepas 2 - 3 minggu .
Cuci dengan air bersih (rendam seketika)
 untuk menghilangkan kesan larutan garam.


Telur-telur masin ditoskan sebelum dikeringkan.
Lap menggunakan kain bersih yang mudah menyerap air.


Telur masin yang telah dikeringkan disimpan di rak telur.


Telur itik masin sedia untuk dihantar.


Inilah sebahagian daripada 40 ekor itik telur yang diternak.
Sehari menghasilkan diantara 15 hingga 25 biji telur.

WP hanya menternak itik telur untuk suka-suka sebagai hobi disamping mendapatkan sedikit hasil.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan