Ahad, 19 Mei 2019

Belajar Berbuah

Salam bertani


 Sepohon cempedak yang baru berumur setahun jagung 
sudah belajar berbuah buat kali pertamanya.


Putik buahnya bergantungan di pokok


Berbuah di batang utama


Harap-harap menjadilah


Setangkai dua biji.
Buah yang kecil perlu dibuang untuk mengelakan persaingan.
Perlu pembungkusan untuk mengelakkan serangan lalat buah.

Salam bertani.

Haiwan Perosak : Tupai

Salam bertani

Salah satu haiwan perosak tanaman dusun dan hasilnya ialah tupai. Jika tidak dikawal, tupai boleh mengakibatkan kerosakan hasil yang parah dan mengakibatkan kerugian kepada petani. Wak menggunakan cara tradisional mengawal populasi tupai dengan memasang  perangkap tupai.



Perangkap tupai yang dipasang.
Menggunakan unpan isi durian sejuk beku.


Seekor tupai masuk perangkap.


Tupai merosakkan kulit anak pokok durian.
Terdapat kesan gigitan baru dan lama.

Gambar-gambar di bawah pula ialah putik buah durian 
yang gugur kerana dirosakkan oleh tupai.




Salam bertani.

Jumaat, 17 Mei 2019

Pangkas Pokok Pulasan

Pokok pulasan perlu dipangkas untuk mengelakkan terlalu tinggi dan untuk membentuk kanopi pokok yang sesuai. Pokok yang rendang akan memudahkan kita mengutip hasil tanpa memanjat atau menggunakan galah. Sebahagian pokok-pokok pulasan di dusun WP telah dipangkas selepas musim buah yang lepas. Pokok pulasan yang dipangkas tidak akan mengeluarkan hasil selama satu musim.

Berikut ditunjukkan proses pemangkasan pada sepohon pulasan.


16.11. 2018 - Proses pemangkasan dilakukan pada pokok pulasan.


16.12.2018 -  Pokok mula mengeluarkan tunas baru.


16.01.2019 - Tunas pokok semakin membesar.


27.02.2019 -  Selepas dibuat penjarangan tunas.


18.03.2019 -  Tunas sudah mengeluarkan pucuk kali ke- dua.


24.04.2019 -  Mempunyai bentuk kanopi yang sesuai.


Keadaan pokok pulasan sekarang.
Bahagian atas pokok perlu dicantas lagi untuk mengawal ketinggiannya.
Pokok tidak berbunga untuk satu musim.


Pokok lain yang sedang berbuah.
Buahnya rendah dan boleh dicapai tangan.
Musim penuaian dijangka pada penghujung Syawal.

Salam bertani.


Khamis, 16 Mei 2019

Selamat Hari Guru 2019

Salam bertani

Wak ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru.
GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI








Salam bertani.

Rabu, 15 Mei 2019

Pengawal Dusun.

Salam bertani.

Kebanyakkan pokok buah-buahan sedang berbuah dan berputik sekarang.
Wak upahkan anak dara ni untuk jaga kebun. Harap-harap si monyet segan nak singgah.



 Salam bertani.




WW : Bunga 128

Salam bertani






Salam bertani.

Selasa, 14 Mei 2019

Patah

Salam bertani.

Sepohon nangka yang sedang berbuah lebat, patah menyembah bumi pada pagi tadi. Tiada hujan atau ribut semasa kejadian tersebut, mungkin kerana berat menanggung buahnya yang agak banyak. Harap-harap tunas baru akan meneruskan legasi tumbesaran pokok yang banyak berjasa ini.


Batang utama sekah dan menyembah bumi


Buah-buah nangka separuh umur (dibungkus dan tidak dibungkus)
bertaburan di atas tanah. 


Satu dahan lagi sekah di bahagian atas.
Harap-harap akan mengeluarkan pucuk baru 
dan menyelamatkan buah-buah yang dibungkus.



Keadaan pokok nangka sebelum sekah pada bulan lepas.
Buah-buahnya masih putik 
(selepa dibuat penjarangan dan belum dibungkus).

Salam bertani.

Isnin, 13 Mei 2019

MB 86 : Lauk Untuk Berbuka Puasa

Salam bertani

Sambil-sambil menggembala ternakan, sempat juga 'mengukur' sungai.
Alhamdulillah, rezeki untuk berbuka puasa petang ini.


Ikan baung dan jelawat sungai.


Nak buat gulai asam pedas agaknya.

Salam bertani.

MB 85 : Khasiat Buah Kurma

Salam bertani


sumber : Sinar Harian


Salam bertani.

Ahad, 5 Mei 2019

Salam Ramadan 1440H

Salam bertani.

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lainnya.
Maaf zahir batin.







Salam bertani.

Sabtu, 4 Mei 2019

Pokok Labu Belakang Rumah

Salam bertani.

Pokok labu ini bukan ditanam, tetapi tumbuh sendiri daripada biji-biji labu yang dibuang oleh pn. isteri. Subur pula tumbuhnya kerana ada bekalan air yang cukup dan nutrien daripada tanah bakar. Selalu juga siramkan dengan air basuhan ikan di perdunya. Alhamdulillah nampak banyak pula buahnya yang menjadi. Harap-harap penghujung puasa nanti dapatlah menuai hasilnya.


Buah labu sulung


Inilah pokok-pokok labu yang tumbuh di belakang rumah.


Bunga betina yang akan membentuk putik labu.


Pucuk labu enak dimasak lemak putih


Putik labu di tepi longkang


Tersembunyi di celah rumpai


Boleh dituai (matang) apabila daun di atasnya bertukar kuning.


Bergolek di atas simen


Tergantung di atas pokok pucuk manis



Salam bertani.