Selasa, 10 Disember 2019

Menyelia Kawasan

Salam bertani

Hari ni wak tak kerja pun.
Pagi-pagi selepas bagi ayam-ayam makanan, wak pergi ke pekan beli makanan ayam dan baja organik.
Dalam pukul 11.00 pagi, wak pergi juga ke dusun tapi tak kerja cuma menyelia kawasan aje.
Ronda-ronda sekitar kebun sambil bawa hp cap ayam. Dapatlah jepret beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri hari ini.


Buah limau bali sunkist bergayutan di pokok.
Tak lama lagi bolehlah bungkus dengan surat khabar lama.


Pokok nanas sarawak dah ada yang berbuah.


Betik ni belum ada yang masak.


Pokok rambutan anak sekolah selepas dipangkas beberapa
bulan yang lepas.


Pokok pulasan dah merendang selepas dipangkas.


Sepohon pulasan lain selepas dipangkas.


Durian muda ini gugur kerana sekah dahannya.
Mungkin terlalu berat.


Buah kuini dah mula gugur.


Tuai beberapa buah limau kasturi pesanan pn is3.


Belimbing madu pun belum sempat nak bungkus.


Tak lama lagi musimlah buah nangka madu j33 ni.


Pokok bunga ni tumbuh sendiri di tepi jalan.


Pokok pisang tanduk baru berputik.
Buah pisang tanduk biasanya bilangan ganjil.


Pokok serai paha ayam yang baru ditanam.


Buah durian belanda muda.


Pokok pisang lemak manis yang baru ditanam.

Inilah gambar-gambar sebahagian daripda penghuni dusun yang wak usahakan.


Salam bertani.

32 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Rasa seronokkan bila usaha berbudi dgn tanah dah mula berhasil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasilnya sentiasa ada
      tetapi cabarannya pun banyak.
      Bila musim hujan begini risaukan tanaman

      Padam
  2. Ya Allah... Bestnya pakcik. Makan buah fresh hasil tangan sendiri. Paling geram tengok... Betik bergayut tu. Dahla Fiza hantu betik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wak pun suka betik.
      Kadang2 kalaustok sendiri takde, terpaksa beli juga

      Padam
  3. bestnya tengok semua tanaman wak tu, subur semuanya...
    bunga tuh dana panggil bunga letup2, masa kecil suka amil bunga yang belum kembang lepas tu letupkan kat dahi, suka bau dia tu lepas di letupkan hehehe

    BalasPadam
  4. seronok tgk semua tanaman menjadi..
    tgk betik berbuah kemain lebat..kat umah sy betik tak sempat jadi putik, dikerjakan dek monyet..limau kasturi je dia tak kacau

    BalasPadam
    Balasan
    1. betik tu belum ada yang masak lagi
      tak taulah isinya macam mana

      Padam
  5. Ini bukan HP cap ayam ni... gambar cun

    BalasPadam
  6. Sukanya tengok semua tanaman...sayangnya durian tu sekah dahannya...durian muda bleh buat masak lemak cili api WP...sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah dengar juga tapi tak pernah buat.
      Orang jawa tak gheti gulai durian muda.

      Padam
  7. waalaikumussalam. geram nya lah hai tengok kebun wak tu ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat wak embanting peluh.
      Wak tak reti pegi gim r gelanggang.

      Padam
  8. fuh memang teringin sangat nak jadi pekebun berjaya macam WP ni.

    BalasPadam
  9. Kuinin tu..limau bali sunkis tu...adoii la...betul2 memyeksa la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuini tengah meluruh sekarang
      Habis kuini nanti barulah buan durian pula gugur.

      Padam
  10. Balasan
    1. Alhamdulillah
      janji rezeki Allah kepada yang ingin berusaha.

      Padam
  11. seronoknya tengok kebun wak meriah dengan hasil tanaman..semua elok elok tu. teringin pulak nak rasa limau bali sunkist tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh caribenih dia dan tanam depan rumah.
      Pokoknya kecik aje tanam dalam pasu pun boleh.

      Padam
  12. Saya otw ke kluang ni...ada meeting kat taman sri kluang. Kejap lagi nak mampir rumah wak petik buah...hahaha

    BalasPadam
  13. Adoiii buah limau bali sunkist, nanas dan durian tu menggoda sungguh tau

    BalasPadam
  14. Bmsuburnya semua tanamn. Sayang Pula durian gugur muda2 lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Durian muda buahnya lebih berat berbanding durian matang.
      Kalau angin kuat memang patahlah dahannya.

      Padam
  15. Bila tengok hasol kebun wak, buat Sha teruja nak ada tanah sendiri.. Seronok bila pokok mula mengeluarkan hasil..

    BalasPadam
  16. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.club....^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    BalasPadam