Selasa, 25 April 2017

Kebun sayur 2

Salam bertani.

Kebun sayur sekangkang kera WP masih lagi diusahakan dengan beberapa jenis sayur-sayuran yang mudah ditanam. Kerja-kerja rutin seperti mengawal rumpai, menyiram, membaja dan mengawal perosak sentiasa dilaksanakan agar tanaman sentiasa subur. Baja asas yang digunakan ialah baja tahi ayam dengan tambahan baja campuran NPK hijau (15:15:15).


Pokok kunyit. 
Hasil utamanya ialah daun kunyit.


Pokok serai.


Pokok kacang botor/kelisa.



Pokok keladi minyak/keladi putih.
Keladi minyak tidak mengeluarkan sulur.
Menghasilkan anak pokok daripada umbisinya.
Hasil utamanya ialah batang keladi dan anak keladi yang dijadikan sayuran.



Keladi mawar.
Menghasilkan sulur keladi yang boleh dijadikan sayuran.
Hasil utamanya ialah umbisi keladi.



Pokok selom untuk ulaman.


Kangkung sebulan.
Akan dituai sebelum berumur sebulan.


Sebatas pokok kesum.
Pucuknya boleh dituai berulang kali.



Pokok bayam.


Semaian pokok kacang panjang.
Batasnya disungkup dengan plastik untuk pelbagai tujuan.
Perlukan junjungan untuk memanjat.



Semaian pokok kangkung sebulan.


Buah pokok tenggek burung.
Apabila kering akan menghasilkan biji benih.



Pokok sawi bunga.

Salam bertani.

Rabu, 19 April 2017

Pemanjat Pagar

Salam bertani.

Terdapat beberapa jenis tanaman memanjat yang menggunakan pagar rumah WP sebagai habitatnya. Ada tanaman hiasan, sayuran kampung dan tumbuhan herba. Tumbuhan tersebut hidup subur memeriahkan kawasan persekitaran rumah WP.

1. Pokok akar dani
    Terdapat tiga rumpun pokok akar dani yang memanjat pagar rumah.
    Kesemuanya sudah berbunga .






2. Pokok timun tikus.
    Pokok herba hebat yang mempunyai pelbagai khasiat.







3. Sayuran remayung.
    Ditanam di bahagian belakang pagar rumah.
    Pucuknya enak dijadikan sayuran.





4. Pokok kacang botor @ kelisa.
    Memanjat pagar di sekeliling rumah.
    Mudah dijaga dan rajin  berbuah.






5. Pokok markisa.
    Sudah berbuah.
     Buah matangnya enak dijadikan jus minuman.




6. Pokok letup-letup bulu.
    Baru ditanam dan belum berbunga lagi.



7. Pokok labu manis.
    Selain buahnya, pucuknya juga boleh dijadikan sayuran.



8. Pokok bunga merak @ ketup-ketup @ bauhinia.
    Ditanam dua pokok, kiri kanan tembuk rumah.
    Belum berbunga.



Salam bertani.

WW : Bunga 30

Salam bertani.

        


 



















Salam bertani.