Ahad, 2 April 2017

Pokok Ceri Kampung

Salam bertani.

Pokok ceri kampung  merupakan salah satu tumbuhan liar yang mudah hidup dan banyak didapati tumbuh di kawasan tertentu. Tumbuhan ini hidup merimbun dan sesuai dijadikan tumbuhan teduh di hadapan rumah atau taman. Cuma pokok ini cepat membesar dan perlu dicantas untuk mengawal ketinggiannya.

Pokok ceri kampung mengeluarkan buah yang boleh dimakan apabila matang. Buah matangnya berwarna merah dan berasa manis berpasir amat digemari oleh burung, kelawar dan tupai. Sekarang orang mula menanam pokok ceri kampung ini untuk mendapatkan nilai herbanya yang ada pada daun dan buahnya.

Daun pokok ceri kampung direbus untuk diminum rebusannya yang sangat mujarab untuk menurunkan kadar gula dalam darah tetapi rasanya agak pahit. Daunnya juga mengandungi antiseptik yang dapat membunuh bakteria. Selain itu daun pokok ceri boleh mengawal kadar kolesterol, tekanan darah dan baik untuk jantung.

Buah ceri kampung pula berguna untuk meredakan penyakit gout, meredakan sakit kepala, flu dan batuk. Ia juga mempunyai sifat antibakteria, antiseptik, antioksidan dan antitumor. Ada banyak lagi manfaat buah dan daun pokok ceri kampung yang tergolong  dalam salah satu tumbuhan herba yang  berguna untuk kesihatan tubuh manusia.


Sepohon ceri dewasa yang sudah berbuah.


Anak pokok ceri kampung yang disemai dalam polibeg


Daun pokok ceri kampung yang ada nilai herba. 


Bunga ceri sedang berkembang


Bunga yang akan menghasilkan putik buah


Sebiji buah ceri muda



Buahnya sebesar hujung jari bongsu


Buah matang berwarna merah


Sebiji buah ceri matang


Buah matang yang berguguran di bawah pokok.

Ramai orang mula menanam pokok ceri kampung ini kerana nilai herbanya yang hebat.

Salam bertani.


Catat Ulasan