Isnin, 31 Julai 2023

Anak Bujang Tepi Sungai

 Salam bertani

Wak nak tunjuk perkembangan anak-anak bujang peliharaan wak yang ada di tepi sungai tu, Susunan mengikut umur. Jom layan


JJ


Jermin


Apis 


NST (Napi Sikat Tepi)


Jumaat


Syuk


MJ (Mesin Jahit)




Ramadan

Salam bertani

Isnin, 24 Julai 2023

MB 209 : Bapa Ayam

 Salam bertani

Jom tenguk beberapa jenis bapa ayam yang ada di reban ayam wak di belakang rumah


Bapa ayam bangkok


Bapa ayam sabung


Bapa ayam kampung


Bapa ayam selasih


Bapa ayam hutan


Bapa ayam kampung kacuk


Bapa ayam gajah




Bapa ayam arab


Bapa ayam white leghorn (penelur)

Sala bertani

Rabu, 19 Julai 2023

Buah Durian Musang King Sulung : Penantian Lapan Tahun

 Salam bertani

Seingat wak, sudah menjangkau lapan tahunan sejak wak tanam pokok durian musang king ini. Sudah beberapa kali berbunga tetapi tidak menjadi. Alhamdulillah kali ini buahnya menjadi walaupun cuma dua biji sahaja. Jom tenguk buah durian musang king sulung daripada dusun WP.


Daging buah durian musang king sulung


Inilah pokok durian musang king yang sudah
 berumur lapan tahun.
Dua biji buah sulungnya baharu sahaja gugur.


Ada beberapa dahan sedang berbunga.


Dua biji buah durian MK sulung  gugur serentak.
Anggaran 2 kg sebiji


Isinya setelah dibuka tidak mengecewakan


Biji yang kecil dan kesep.
Alhamdulillah.

Salam bertani

Selasa, 11 Julai 2023

Buah Cemperian

 Salam bertani

Wak nak tunjuk sepohon cemperian (cempedak durian) yang wak tanam di belakang rumah sudah dua kali berbuah. Kali ini buahnya agak lebat tetapi saiz buahnya agak kecil sebab wak terlupa nak bagi baja buah. Buahnya sudah beberapa biji wak tuai kerana sudah matang di pohon.

Pokok cemperian bukanlah hasil kacukan daripada cempedak dan durian, tetapi ia adalah sejenis cempedak juga. Cuma saiz buahya yang kecil, agak bulat dan berduri tajam seperti durian sebab itu dipanggil cempedak durian. Jom tenguk


Isi buah cemperian.
Ulas isinya besar seperti durian


Pohonnya masih kecil tetapi buahnya agak lebat


Buahnya rendah boleh dicapai tangan


Kebanyakan buahnya berbentuk bulat seperti durian


Buah di dahan yang lain


Buah yang besar tu dah boleh dituai


Tanda buah sudah matang dan sesuai dituai ialah
tangkai buahnya bertukar berwarna perang.
Tangkai yang berwarna hijau buahnya masih muda.


Tuaian buah yang sudah masak
Berbau wangi dan kulitnya lembut apabila dipicit.


Walau pun buahnya kecil tetapi berisi penuh dan padat.


Salam bertani

Sabtu, 8 Julai 2023

Hukuman Mati Mandatori Kerana Curi Seekor Ayam

 Salam bertani

Wak nak cerita pasal kisah  semalam petang. Semasa wak nak tutup reban ayam, wak dapati semua ayam tak mahu masuk ke dalam reban walau pun cuaca dah nak gelap. Bila wak jengah ke dalam reban rupanya ada seekor tetamu tidak diundang sedang berlengkar kekenyangan. Peliknya dia masuk ke dalam reban pada waktu siang kerana pada waktu malam reban ayam wak bertutup dan dia tak boleh masuk. Memang cari nahaslah dia ni. Jom tenguk gambar.


Penceroboh sedang berlengkar kekenyangan di dalam reban ayam


Sudah menelan seekor ayam dewasa


Boleh menelan beberapa ekor ayam lagi.
Sedang menunggu mangsa seterusnya.


Pencuri sudah menerima hukuman.

Salam bertani.

Rabu, 5 Julai 2023

WW 535 : Menu Kampungan Juadah Tengah Hari

 Salam bertani 

Jemput makan


1. Telur goreng
2. Sayur batang keladi masak asam rebus
3. Sulur keladi tumis
4. Ikan pekasam goreng bawang
5. Ikan kering gelama goreng


Salam bertani.


Ahad, 2 Julai 2023

Sembelih Ayam Selasih

 Salam bertani

Ada beberapa ekor ayam selasih yang wak ternak di dalam reban di belakang rumah bersama-sama baka ayam lain. Wak sembelih seekor ayam selasih sempena hari raya haji baru-baru ini. Jom tenguk


Inilah rupa ayam selasih
Keseluruhan daging, muka dan kakinya berwarna hitam
Ini ayam selasih jantan berumur 5 bulan
Beratnya menjangkau 3 kg


Ayam selasih yang sudah disembelih 
dan dibersihkan bulunya



Kaki ayam selasih berwarna hitam pekat
Mempunyai 5 jari berbanding ayam lain 4 jari sahaja


Daging ayam selasih


Hasil seekor ayam selasih yang siap diproses


Keseluruhan anggotanya berwarna hitam 
termasuklah organ dalamannya.

Salam bertani