Isnin, 28 Mei 2018

MB 45 : Pokok Cili Padi

Salam bertani

Pokok cili padi dalam bekas ini bukanlah WP yang tanam. Ia dipamerkan oleh penjual anak benih cili padi di pasar minggu pekan Simpang Renggam sebagai bahan pelaris jualannya.






Salam bertani.

Ahad, 27 Mei 2018

Tanam keliling Rumah 3

Salam bertani

WP juga menanam beberapa jenis pokok pisang di sekeliling rumah untuk mendapatkan hasil dan sebagai terapi fizikal, mata dan minda setiap hari. Lagi pun penjagaannya jadi mudah dan selamat dari ancaman musuh.


Pokok pisang tanduk.
Di hadapannya adalah pokok herba rerama.


Pokok pisang tanduk di beranda dapur.


Pokok pisang raja talun di tepi pagar.
Pemanjat pagar itu ialah pokok  kacang botor.


Pokok pisang rastali di tepi pagar.
Pemanjat pagar ialah pokok kacang botor.


Anak pokok pisang tanduk di sepanjang longkang rumah.


Pokok pisang raja di tepi pagar.


Pokok pisang lemak manis di belakang reban ayam.


Pokok pisang lilin
Di belakangnya ialah pokok pisang lemak manis
dan tanaman serai kampung.


Pokok pisang jari buaya.
Di sebelahnya ialah pokok herba/ulaman bebuas


Seperdu lagi pokok pisang jari buaya di belakang reban ayam.


Pokok pisang lilin.
Di belakangnya ialah pokok nanas sarawak dan pokok kantan.


Pokok pisang tanduk di tepi stor.
Di sebelahnya ialah pokok cili api.


Buah pisang tanduk hampir matang.
Latar belakang pokok durian tembaga.


Pokok pisang awak di tepi pagar.
Pemanjat pagar adalah pokok peria katak.


Pokok pisang nipah di tepi pagar.
Pemanjat pagarnya adalah pokok markisa.



Pokok pisang raja udang di tepi pagar.
Pemanjat pagar ialah pokok markisa.


Buah pisang raja udang.


Keadaan di belakang rumah


Pokok pisang lemak manis di tepi tembok hadapan rumah.
Pemanjat tembok adalah pokok bauhinia (belum berbunga).


Pokok pisang 40 hari.


Pokok pisang nangka di tepi reban itik.
Di hadapannya adalah pokok herba pecah kaca.


Pokok pisang kapas.
Di belakangnya ialah pokok saka durian tembaga dan
pokok kari.
Di hadapannya pokok terung telunjuk.


Salam bertani.

Khamis, 24 Mei 2018

Kenali Ikan di Pasar

Salam bertani

Jom kita kenali pelbagai jenis ikan yang biasa kita lihat di pasar.
Agak-agak nak beli ikan apa untuk menu berbuka puasa petang ini.


ikan kerisi



ikan kembung


ikan layur


ikan tenggiri


Ikan selar


ikan caru

ikan siakap


 ikan kerapu


ikan terubuk


ikan tongkol


ikan selar kuning


ikan gelama


ikan merah


ikan tilapia merah (air tawar)


ikan tilapia hitam (air tawar)


ikan keli (air tawar)



Salam bertani.


Selasa, 22 Mei 2018

Pokok Limau Nipis

Salam bertani

Salah satu jenis limau yang biasa ditanam ialah pokok limau nipis. Seperti pokok-pokok limau lain, pokok limau nipis mudah ditanam menggunakan biji benihnya tetapi agak lambat membesar dan berbuah. Pokok limau nipis biasa dibiakkan melalui kaedah tut/markot kerana cepat berbuah. Cara lain ialah menggunakan pembiakan mata tunas.

Buah limau nipis boleh dijadikan jus atau minuman segar ditambahkan kepada teh O. Ia juga dijadikan perisa masakan Melayu seperti mee rebus dan lain-lain.

Kegunaan utama buah limau nipis ialah ia dijadikan bahan mandian untuk mengurangkan bau badan terutama di bahagian ketiak. Orang-orang yang mempunyai masalah bau badan yang kuat bolehlah menggunakan buah limau nipis sebagai bahan mandian. Ia juga digunakan sebagai bahan cucian rambut menggantikan syempoo untuk mengatasi masalah kegatalan kulit kepala dan kelemumur.

Perahan buah limau nipis juga boleh digunakan sebagai pencuci kuku dan menghilangkan bau busuk di tangan selepas menoreh getah atau menyiang ikan. Ia juga digunakan sebagai pencuci muka yang berminyak.

Khasiat herba pula, buah limau purut digunakan sebagai salah satu ramuan untuk mengempiskan perut selepas bersalin. Asid sitrik dalam limau nipis dapat menghindarkan lemak dalam badan dan bolehlah dijadikan amalan penggunaannya bagi yang berhasrat menguruskan badan.

Menggunakan perahan limau nipis juga dikatakan dapat mengurangan penyakit darah tinggi dan batuk. Dalam perubatan tradisional, limau nipis digunakan sebagai bahan jampian untuk meredakan pelbagai jenis penyakit.

Pendekar Melayu zaman dahulu melakukan istiadat mandian keris dan senjata tajam lain menggunakan buah limau nipis.









Salam bertani.