Selasa, 8 Mei 2018

I'm Ujang

Salam bertani


04.11.2015
Tarikh aku dilahirkan oleh ibuku Si Kutip.
Aku diberi nama Ujang oleh boss.



08.02.2016
Umurku 3 bulan.
Tanduk di kepalaku mulai tumbuh.
Aku telah dikalungkan rantai panjang.
Boss kerap memberi minum air garam walau pun aku masih menyusu.



13.06.2016
Umurku 8 bulan.
Aku masih lepas bebas meragut makanan dan menyusu.






24.06.2016
Aku di tengah-tengah bersama-sama kakakku Si Siti yang setahun lebih tua dariku.
Di sebelah ialah abangku yang berlainan ibu.



23.09.2016
Aku semakin bulat dan manco.
Hidupku di kelilingi makanan yang melimpah ruah.


Wajahku yang hensem



24.02.2017
Usiaku setahun empat bulan.
Aku hanya makan rumput dan minum air sungai.
Ibuku sudah melahirkan anak lagi.


27.09.2017
Aku  mula ditambat kerana sudah hampir dewasa.
Boss cakap aku degil dan kuat merayap.



18.04.2018
Aku sudah berumur lebih dua tahun sekarang.
Aku amat berbangga dan terharu  kerana boss beritahu, aku akan dikorbankan sempena
sambutan hari raya korban pada tahun ini. 
Aku tidak boleh dijadikan pejantan untuk mengelakkan 'sumbang mahram'.
Sebab tu aku dinamakan Ujang.
Semoga aku dan boss aku akan bertemu lagi di Syurga nanti.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan