Selasa, 22 Mei 2018

Pokok Limau Nipis

Salam bertani

Salah satu jenis limau yang biasa ditanam ialah pokok limau nipis. Seperti pokok-pokok limau lain, pokok limau nipis mudah ditanam menggunakan biji benihnya tetapi agak lambat membesar dan berbuah. Pokok limau nipis biasa dibiakkan melalui kaedah tut/markot kerana cepat berbuah. Cara lain ialah menggunakan pembiakan mata tunas.

Buah limau nipis boleh dijadikan jus atau minuman segar ditambahkan kepada teh O. Ia juga dijadikan perisa masakan Melayu seperti mee rebus dan lain-lain.

Kegunaan utama buah limau nipis ialah ia dijadikan bahan mandian untuk mengurangkan bau badan terutama di bahagian ketiak. Orang-orang yang mempunyai masalah bau badan yang kuat bolehlah menggunakan buah limau nipis sebagai bahan mandian. Ia juga digunakan sebagai bahan cucian rambut menggantikan syempoo untuk mengatasi masalah kegatalan kulit kepala dan kelemumur.

Perahan buah limau nipis juga boleh digunakan sebagai pencuci kuku dan menghilangkan bau busuk di tangan selepas menoreh getah atau menyiang ikan. Ia juga digunakan sebagai pencuci muka yang berminyak.

Khasiat herba pula, buah limau purut digunakan sebagai salah satu ramuan untuk mengempiskan perut selepas bersalin. Asid sitrik dalam limau nipis dapat menghindarkan lemak dalam badan dan bolehlah dijadikan amalan penggunaannya bagi yang berhasrat menguruskan badan.

Menggunakan perahan limau nipis juga dikatakan dapat mengurangan penyakit darah tinggi dan batuk. Dalam perubatan tradisional, limau nipis digunakan sebagai bahan jampian untuk meredakan pelbagai jenis penyakit.

Pendekar Melayu zaman dahulu melakukan istiadat mandian keris dan senjata tajam lain menggunakan buah limau nipis.









Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan