Ahad, 26 Februari 2023

Cukup Setahun Bubu Jadi Majikan

 Salam bertani

Hari ini 26.02.2023 menandakan genap setahun wak pelihara si Bubu. Anak bulus yang wak kutip di tepi jalan ini hidup selesa bersama kawan-kawannya yang lain. Jom lihat perkembangan si Bubu selama setahun ini


Gambar Bubu pada hari ini
Genap setahun jadi majikan kat rumah


Keadaan Bubu semasa wak kutip tepi jalan
Kedua-dua matanya dah tak boleh buka


26.02.2022
Hari pertama Bubu di rumah wak
Ada luka di ekor, kaki dan telinganya


09.03.2022
Bubu masih diasuh di dalam sangkar


26.03.2022
Bubu baru tumbuh bulu baharu



07.05.2022
Hampir tiga bulan


30.07.2022
Lima bulan dah umur Bubu


02.08.2022
Budak mata sebelah


02.08.2022
Rasa berat mendukung Bubu


29.08.2022
Hantar Bubu masuk jawi


25.12.2022
10 bulan



Bubu yang sekarang
Dah macam anak kangaroo
Lebih 7 kg beratnya

Salam bertani.


Isnin, 20 Februari 2023

MB 205 : Diet

 Salam bertani

Si Mimie ni sedang berdiet. Setiap hari tidur atas timbang.


Salam bertani


Jumaat, 10 Februari 2023

Anak Wak Dapat Sambung Sekolah kat Melaka

 Salam bertani

Anak wedok wak beritahu dia dapat tawaran sambung persekolahannya kat Melaka. Dia minta wak sponser yuran yang kena bayar masa pendaftaran. Wak kata okay aje.


Salam bertani

Jumaat, 3 Februari 2023

Tanam Anak Pokok Mesta

 Salam bertani

Wak tanam dua pokok lagi anak benih mesta di dusun. Dah ada lebih sepuluh pokok mesta di dusun WP dan sebahagiannya sudah berbuah. Pokok mesta wak tanam sebagai tumbuhan selingan di antara pokok durian dewasa. Ia boleh hidup subur walau pun di kawasan yang bernaung.


Dua anak benih mesta dalam polibeg
Yang besar pokok daripada biji benih
Yang kecil pokok cantuman baji


Tanam di antara barisan pokok durian dewasa


Siap tanam


Benih pokok cantuman


Siap tanam


Yang ini sudah berumur beberapa tahun
Sudah pertama kali berbuah pada musim yang lepas


Buah mesta matang

Salam bertani

Rabu, 1 Februari 2023