Jumaat, 3 Februari 2023

Tanam Anak Pokok Mesta

 Salam bertani

Wak tanam dua pokok lagi anak benih mesta di dusun. Dah ada lebih sepuluh pokok mesta di dusun WP dan sebahagiannya sudah berbuah. Pokok mesta wak tanam sebagai tumbuhan selingan di antara pokok durian dewasa. Ia boleh hidup subur walau pun di kawasan yang bernaung.


Dua anak benih mesta dalam polibeg
Yang besar pokok daripada biji benih
Yang kecil pokok cantuman baji


Tanam di antara barisan pokok durian dewasa


Siap tanam


Benih pokok cantuman


Siap tanam


Yang ini sudah berumur beberapa tahun
Sudah pertama kali berbuah pada musim yang lepas


Buah mesta matang

Salam bertani

33 ulasan:

  1. Wehh sedapnya!feveret saya ni wak.. kalau makan durian kene ade buah manggis sebab sifat die menyejukkan contradict dengan durian yang memanaskan badan ahaha.

    BalasPadam
  2. owh buah mesta bentuknya agak bujur sikit banding dengan buah manggis ye wak

    BalasPadam
  3. Tak pernah makan buah mesta.. sama rasa macam buah manggis ke Wak..?

    BalasPadam
  4. teringat dulu sis lin ada tunjuk buah mesta ni..rupa dia sama dengan manggis tapi lebih bujur sikit..

    BalasPadam
  5. Tak pernah makan buah mesta ni, mesti sedap. Subur semua pokok2 Wak tanam.

    BalasPadam
  6. Moga mendapat hasil yg lumayan Wak 🤲

    BalasPadam
  7. sedapnya manggis mesta sejuk n manis

    BalasPadam
  8. Wak tanam buah manggis ke ni? Mesti rasanya manis dan sedap...👍

    BalasPadam
  9. mesta dengan manggis sama tak wak
    ?

    BalasPadam
  10. 3 tahun lepas harganya sekilo RM8.. kayangan sungguh

    BalasPadam
  11. Mesta tu Manggis ye Wak? saya baru tahu

    BalasPadam
  12. manggis like banget...aku selalu kagum dengan caral wak bertani, tanaman nampak subur dan terawat

    BalasPadam
  13. oh mesta tu manggis ? MACAM SENNANG je wak ye menanam. saya ni nak tanam sayur yg kecil2 belakang rumah pun fikir panjang . takut tak terjaga dan tersiram

    BalasPadam
  14. Mesta... manggis... mesta .... manggis... dua-dua suka!

    BalasPadam
  15. Kan bagus CUya pon minat menanam...boleh tanam buah, tapi dekt kampung ni monyet banyak sangat..habis semua dicuri

    BalasPadam
  16. Ohhh baru paham mesra itu manggis Yaa Wak 😅. Buah favorit saya nih... Suka sangaaat. Kalo sedang musim pasti beli 😄👍

    BalasPadam
  17. Sedapnya Wak...SA kalau setakat nak merasa sebiji je..makan lebih kang cepat SA kena batuk

    BalasPadam
  18. Tak jumpa lagi orang jual buahnya kat sini

    BalasPadam
  19. sama keluarga dgn manggis kah buah ni

    BalasPadam
  20. mcm manggis, tp pernah pula jumpa buah mesta nie

    BalasPadam
  21. Kesukaan ini.. isi yang putih dan manis..

    BalasPadam