Memaparkan catatan dengan label Tanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanaman. Papar semua catatan

Selasa, 27 Januari 2026

Pokok Cili Kampung

 Salam bertani

Wak nak tunjuk beberapa pokok cili kampung yang hidup subur di belakang rumah. Ada yang wak tanam dan ada yang tumbuh sendiri. Alhamdulillah, buah cili kampung tak putus-putus.













Salam bertani.

Isnin, 11 Ogos 2025

Tebang Pokok Getah

 Salam bertani

Kebun getah wak yang sekangkang gajah dah jadi hutan belukar. Sudah lebih sepuluh tahun pokok getahnya tidak ditoreh kerana harga ojol yang sangat rendah. Zaman susah dulu, pokok-pokok getah inilah yang menyuapkan rezeki kami sekeluarga dan menyekolahkan anak-anak. Semuanya tinggal kenangan apabila wak ambil keputusan untuk menebang pokok-pokok getah tua ini dan akan menggantikannya dengan tanaman pokok kelapa sawit. Jom nenguk


Kebun getah yang sudah menjadi hutan belukar.
Sudah lebih sepuluh tahun pokok getah tidak ditoreh.


Jentera penumbang pokok getah.
Seperdu pokok buluh betung tu wak simpan.


Kira wak jual kayu getahlah.


Kayu getah dikumpulkan sebelum dimuatkan ke dalam lori


Ada kayu getah yang sebesar dua pemeluk.


Kayu getah dihantar ke kilang.


Selesai kerja-kerja pembersihan kebun getah.
Parit di tengah kebun juga siap dicuci.
Cadangnya wak nak tanam anak benih sawit pula.

Ahad, 26 Januari 2025

Kajian Lapangan Sem 1

 Assalammualaikum

Wak nak tunjuk subjek kajian lapangan semester pertama yang ada di sekeliling rumah wak. Jom belajar  bertani.


Pokok nanas sarawak sedang berbuah.
Di belakangnya ada pokok lengkuas.


Pokok herba lempuyang yang banyak khasiatnya.


Pokok kacang panjang.


pokok sayur remayung.


Sawi.


Cili kampung.


Anak pokok keladi sayur baharu ditanam.


Pokok herba bunga telang panjat pagar.
Air bunga telang boleh menurunkan kada gula dalam darah.


Kucai.


Pokok kesum.
Ada sepokok anak terung asam.


Pokok pegaga tumbuh melata.


Pucuk ubi pulut sedap buat ulam.


Bendi.


Buah betik panjang.


Keledek sayur.


Serai kampung.
Di belakangnya pokok cincau dan keladi putih.


Pokok lempuyang, sirih junjung dan pokok inai.


Subjek paling senang tanam pokok kangkung.

Salam bertani.

Rabu, 11 September 2024

WW 569 : Buah Kelapa Muda

 Salam bertani

Pn is3 : Bapaknya tolonglah kaitkan buah kelapa muda kat                  depan rumah tu                                                                  

Wak     : Ok, beres

(Two seconds later)

Wak     : Coconut the gun already in the jug

Pn is3  : Cepatnya

Wak     : Alah kerja senang






Jadilah suami mithali

Salam bertani.


Isnin, 2 September 2024

Masak Lemak Rebung Buluh Manis

 Salam bertani

Sebenarnya wak nak tunjuk serumpunan pokok buluh manis yang ada di kebun WP. Kebetulan pada musim hujan ini rebungnya galak bertunas. Jadi wak tuailah sebatang rebung buluh manis ni untuk buat penganan tengah hari .


Inilah seperdu pokok buluh manis di kebun WP


Rebung buluh yang sesuai dituai.


Tuaian rebug buluh manis.


Rebung buluh yang telah dikupas kulitnya.


Isi rebung.


Rebung dipotong nipis dan direbus.


Rebung yang telah direbus bolehlah disimpan 
di dalam esbok.


Masak lemak rebung buluh manis dengan babat.

Salam bertani.



Rabu, 24 April 2024

WW 560 : Tuaian Lepas Raya

 Salam bertani


Kutipan telur ayam kampung


Buah betik dan durian belanda


Bunga kantan merah


Pisang nangka


Nangkadak raya


Kelapa mataq


Nangka madu j33


Pisang lemak manis  dan bunga kantan


Salam bertani