Salam bertani
Kebun getah wak yang sekangkang gajah dah jadi hutan belukar. Sudah lebih sepuluh tahun pokok getahnya tidak ditoreh kerana harga ojol yang sangat rendah. Zaman susah dulu, pokok-pokok getah inilah yang menyuapkan rezeki kami sekeluarga dan menyekolahkan anak-anak. Semuanya tinggal kenangan apabila wak ambil keputusan untuk menebang pokok-pokok getah tua ini dan akan menggantikannya dengan tanaman pokok kelapa sawit. Jom nenguk
Kebun getah yang sudah menjadi hutan belukar.
Sudah lebih sepuluh tahun pokok getah tidak ditoreh.
Kira wak jual kayu getahlah.
Kayu getah dikumpulkan sebelum dimuatkan ke dalam lori
Ada kayu getah yang sebesar dua pemeluk.
Kayu getah dihantar ke kilang.
Selesai kerja-kerja pembersihan kebun getah.
Parit di tengah kebun juga siap dicuci.
Cadangnya wak nak tanam anak benih sawit pula.
Sawit mahal juga kan sekarang berbanding getah.
BalasPadamBesar kebun Wak.
BalasPadamPasti banyak dimanfaatkan tanah ni, lepas dibersihkan, banyak tanaman boleh di tanah sebelum Pokok K Sawit membesar..Alhamdulillah ..tanah diusahakan semula wak
BalasPadamSemoga dipermudahkan semuanya...swmoga tanaman sawit Wak berjaya ye wak...
BalasPadamLinda membesar dengan pemandangan pokok kelapa sawit..dah masuk sek men, Nampak pokok getah..jadi heran..Sebb tak kenal pokok nya..🤭🤭
BalasPadamMahal tu wak pokok getahnya.
BalasPadamrasanya lumayan jugak hasil jualan kayu getah tu
BalasPadamMakan modal juga tu kan wak nak bersihkan kebun getah lepas tu tanam sawit pula.
BalasPadamSemoga hasihnya nanti lebih lumayan.
Ada yang dah sebesar dua pemeluk…fuh, memang besar betul tu Wak.
BalasPadamSemoga Allah permudahkan usaha Wak.
Sy pun anak penoreh getah Wak :D
BalasPadamSekarang harga getah rendah, tanam kelapa sawit lebih untung.
Besar tu kalau satu dua pemeluk
BalasPadamMoga dipermudahkan urusan wak tanam pokok kelapa sawit...
BalasPadamBesarnya pokok getah ada yg sampai dua pemeluk. Semoga subur pokok sawit wak nanti.
BalasPadamWahhh masyuk wak sebab tanam pokok2 getah ni. Apa maksud Ojol?.
BalasPadamLateks beku
PadamLama tu tak bertoreh. Ye lah wak, harga getah sekarang tak untung sangat. Sawit lagi untung. Ada juga hasil tebang tu dapat jual kayu getah buat modal untuk tanam sawit pula. Semoga Allah permudah kerja-kerja wak tanam pokok sawit dan dapat hasil yang lumayan. Aamiin..
BalasPadamzaman sekarang orang jual kayu getah untuk buat perabot, kalau dulu-dulu pokok getah ni akan di bakar kayun ya pastu nnti kalau musim hujan banyak cendawan kukur wak... teringat dulu-dulu cari cendawan kukur ngn arwah nyai
BalasPadammemang teringat jaman mengopek jamur kukur kat batang getah mati tu.
Padammoga jaya apa saja usahanya besar modal tu
BalasPadamSaya membayangkan Wak memiliki kebun yang luas, terlihat dari potongan pohon getah yang dimuat pada bak truk itu.
BalasPadamSalam,
Tengok gambar-gambar tu teringat masa kecil dulu, kisah tanam semula pokok getah.
BalasPadamtinggi pokoknya...masa utk bertukar..semoga maju jaya dlm setiap usaha...
BalasPadamBelakang dah ada sawit tu. Buluh tu simpan untuk buat apa Wak? Lemang? Meriam?
BalasPadamSawit tu dah sempadan kebun orang lain.
PadamBuluh betung tu wak simpan untuk hasil rebungnya.
Pokok kayu getah itu biasanya dijadikan apa Wak? Bahan bakar kilang kah.?
BalasPadamDi sini biasanya dijadikan perabut sebab kita tiada kayu jati macam di Indonesia tu.
PadamSalam singah,ada rezeki ..
BalasPadamTanam sawit boleh dpt hasilnya.. kalau ke Medan sepanjang perjalanan ke danau toba banyak ladang sawit dan pemiliknya org malaysia
BalasPadamPunca rezeki dulu. Kini bertukar sawit ye Wak.. Semoga dilimpahkan lebih rezeki di atas usahanya...
BalasPadamwah..bukan keja senang ni
BalasPadam