Satu lagi ternakan yang WP usahakan di belakang rumah ialah membela burung puyuh. WP memelihara burung puyuh untuk suka-suka saja berjumlah tiga puluh ekor di dalam satu sangkar.
Kesemua burung puyuh tersebut adalah betina dan sudah bertelur. Dalam sehari biasanya WP menuai diantara sepuluh hingga lima belas biji telur burung puyuh. Tuaian tertinggi yang pernah dikutip ialah sebanyak dua puluh enam biji sehari.
Menternak burung puyuh sangatlah mudah kerana memerlukan ruang yang sedikit dan jarang diserang penyakit. Kesemua anak burung puyuh yang WP beli, hidup sihat sehingga dituai dan bertelur. Makanan yang diperlukan juga sedikit berbanding penternakan ayam atau itik. WP tidak menggunakan burung puyuh jantan untuk pembiakan sebaliknya memberikan makanan penelur untuk menghasilkan telur.
Menternak burung puyung juga sangat cepat mendapatkan hasil. Burung puyuh boleh dituai untuk mendapatkan dagingnya selepas berumur sebulan dan burung puyuh betina mula bertelur selepas berumur sebulan setengah. Kesemua burung puyuh jantan WP tuai/sembelih untuk mendapatkan dagingnya. Daging burung puyuh enak digoreng tepung dan boleh digulai seperti menggulai daging ayam.
Burung puyuh jantan dan burung puyuh betina berbeza dari segi corak bulunya di bahagian leher dan dada. Bulu burung puyuh jantan berjalur-jalur manakala bulu burung puyuh betina berbintik-bintik. Burung puyuh jantan pula berkokok.
Telur burung puyuh banyak khasiatnya. Ia biasanya direbus dan dimasak sambal tumis atau sos. Telur burung puyuh rebus juga enak dimakan begitu sahaja.
Seekor burung puyuh betina.
Beberapa ekor burung puyuh betina yang sudah bertelur.
30 ekor dalam satu sangkar.
Sangkar dilitupi jaring plastik untuk mengelakkan pancaran
cahaya matahari yang terik.
Burung puyuh agak sensitif dan memerlukan suasana yang sunyi.
Biasanya bertelur pada waktu petang.
Diberi makan dedak penelur dan jagung hancur.
Hidup sepanjang hayat di dalam sangkar.
Burung puyuh boleh terbang dan sukar ditangkap
apabila terlepas dari sangkar.
Seekor lagi burung puyuh betina.
Burung puyuh sentiasa membuka mulutnya apabila cuaca panas.
Tuaian dua hari.
WP tidak berhasrat untuk memelihara burung puyuh secara komersial sebaliknya hanya memelihara sebagai hobi untuk mendapatkan hasil bagi kegunaan sendiri.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan