Ahad, 2 April 2017

Pokok Ceri Kampung

Salam bertani.

Pokok ceri kampung  merupakan salah satu tumbuhan liar yang mudah hidup dan banyak didapati tumbuh di kawasan tertentu. Tumbuhan ini hidup merimbun dan sesuai dijadikan tumbuhan teduh di hadapan rumah atau taman. Cuma pokok ini cepat membesar dan perlu dicantas untuk mengawal ketinggiannya.

Pokok ceri kampung mengeluarkan buah yang boleh dimakan apabila matang. Buah matangnya berwarna merah dan berasa manis berpasir amat digemari oleh burung, kelawar dan tupai. Sekarang orang mula menanam pokok ceri kampung ini untuk mendapatkan nilai herbanya yang ada pada daun dan buahnya.

Daun pokok ceri kampung direbus untuk diminum rebusannya yang sangat mujarab untuk menurunkan kadar gula dalam darah tetapi rasanya agak pahit. Daunnya juga mengandungi antiseptik yang dapat membunuh bakteria. Selain itu daun pokok ceri boleh mengawal kadar kolesterol, tekanan darah dan baik untuk jantung.

Buah ceri kampung pula berguna untuk meredakan penyakit gout, meredakan sakit kepala, flu dan batuk. Ia juga mempunyai sifat antibakteria, antiseptik, antioksidan dan antitumor. Ada banyak lagi manfaat buah dan daun pokok ceri kampung yang tergolong  dalam salah satu tumbuhan herba yang  berguna untuk kesihatan tubuh manusia.


Sepohon ceri dewasa yang sudah berbuah.


Anak pokok ceri kampung yang disemai dalam polibeg


Daun pokok ceri kampung yang ada nilai herba. 


Bunga ceri sedang berkembang


Bunga yang akan menghasilkan putik buah


Sebiji buah ceri muda



Buahnya sebesar hujung jari bongsu


Buah matang berwarna merah


Sebiji buah ceri matang


Buah matang yang berguguran di bawah pokok.

Ramai orang mula menanam pokok ceri kampung ini kerana nilai herbanya yang hebat.

Salam bertani.


26 ulasan:

  1. Terima kasih di atas info yg sangat berguna. Isteri saya telah mengamalkan rutin minum air rebusan daun pokok ceri tersebut.....
    Ternyata kadar tekanan darahnya telah kembali stabil yg mana dulunya rendah.....
    Selain itu, sakit² sendinya telah beransur berkurangan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, nk tnya berapa helai sehari daun ceri tu nk kena rebus. Mhon share puan

      Padam
    2. Saya ambil petua orang dulu². Jika nak buat ubat / penawar, ambil dalam jumlah ganjil..... 1 / 3 / 5.....
      Saya gunakan 3 helai.....

      Padam
  2. Sahih ke daun ceri boleh turunkan kolestrol dlm badan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daun ceri memang btol boleh turun kn kolestrol dlm badan kita..sye dah cuba memang menjadi

      Padam
    2. Sesuai utk semua peringkt umur ke

      Padam
    3. Blh wsp sya utk mkluman...0167645451. Kaki tngan sya sllu kebas, sendi2 sya skit, kdg2 sesak nafas, kolestrol sya tinggi dh mula naik kutil di leher

      Padam
  3. Alhamdulillah.. ternyata khasiat nya lebih itu.. bg lelaki yg mengidap diebetis , anda akan merasai kekerasan Dan ketegangan zakar yg amat anda tidak sangka.

    BalasPadam
  4. Buah ceri ni ada musim2 die ke?? bila?

    BalasPadam
  5. As salam ..nk tnya..sesuai tak untuk ibu mengandung yg ade kncg manid?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,nak tanya.boleh ke Taman pokok Ceri dengan kaedah Taman batangnye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semaian biji benih
      Keratan batang tak boleh

      Padam
    2. Terima kasih kerana berkongsi infonya.10 tahun yg lalu saya sdah pelihara dan tanam cuma saya tidak tahu apa saja menafaatnya. Cuma yg saya tahu anak2 saya suka makan buahnya dan masa tu anak2 saya jarang sakit. Sampai skrg pun saya ada tanam dihalaman rumah.

      Padam
  7. Salam... Di mana Saya nak cari pokok ni. Sy perlu makan daun nya utk menurun kadar kolesterol

    BalasPadam
  8. Di kg ada tanamlah ini pokok raja kesihatan ini amalkan makan minum

    BalasPadam
  9. nak dapat daun ceri macamana ye?

    BalasPadam
  10. 017-305 2944 call ni

    BalasPadam
  11. nk anak benih pokok ceri kg..ada x nk beli..pm saya 0126734493

    BalasPadam
  12. Nk tnye cara nk minum.minum hari2 ke cm mne

    BalasPadam
  13. Bleh ke bg daun pokok ni kat binatang ternakan

    BalasPadam
  14. Anak² kambing jiran selalu datang makan daun pokok ni semasa masih rendah..selalu nak kena halau,lepas pagar settle..skrg dah paras kepala..memang cpt prtumbuhan dan saya selalu amalkan utk masalah diabetes..Alhmdulillah,masalah letih berkurangan bnyk..

    BalasPadam
  15. Terima kasih atas maklumat. Nak cuba amalkan. Alhamdulillah dah tanam pokok ni utk teduhkan kawasan rumah. Cantik.. spt payung..😊

    BalasPadam
  16. Cadangan minum air daun ceri. Ambil 7 genggam daun. Rebus dgn air sebanyak 21 gelas sehingga air tinggal 7 gelas. Minum setengah gelas pagi dan setengah gelas malam.

    BalasPadam