Ahad, 15 Disember 2019

Padang Ragut Banjir

Salam bertani

Hujan lebat yang turun sepanjang malam sehingga menjelang pagi menyebabkan kebanyakan kawasan rendah dinaiki air. Kawasan padang ragut tempat wak memelihara lembu juga sebahagiannya telah digenangi air sungai yang naik mendadak. Sepagian (dalam kehujanan) wak mengeret lembu2  ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.


Air sungai mula melimpahi kawasan ragut


Lembu-lembu ditambat di kawasan benteng sungai yang tinggi


Seekor lembu di seberang sungai.
Harap2 selamat.


Kawasan ragut diteggelami air


Air akan meningkat lagi sekiranya empangan tasik dibuka.


Selepas kemarau, banjir pula melanda.


Kebun sawit wak bersebelahan kawasan ragut juga sudah dinaiki air.


Jalan utama ke kawasan ragut sudah dinaiki air.


Keadaan sungai petang ini.
(dari atas jambatan kampung)


Walaupun hujan sudah mula reda, tetapi air sungai semakin meningkat kerana air dari hulu mula sampai. Beberapa buah kampung  sudah dinaiki air dan penduduk-penduduknya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir.

40 ulasan:

  1. Jaga diri wak dan family elok². Hati² musim hujan sekarang ni. Semoga urusan wak dan keluarga dipermudahkan. Aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah
      Rumah wak tak banjir sebab kawasan tinggi.
      Yang banjir kebun dan padang ragut aje sebab tepi sungai.

      Padam
  2. ala...kesian yang sekor tu bersendirian kat seberang sungai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang seeekor tu dah beberapa minggu kat seberang sungai.
      Asalnya dia terjatuh ke dalam sungai
      lepas tu naik kat seberang.
      Nak menyeberang sungai dia takut agaknya.
      Biarlah dia kat sana. Rumput pun banyak.

      Padam
  3. Semoga semua selamat ya, manusia, haiwan2 peliharaan dan pokok juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah selamat.
      Cuma bekalan rumput terhadlah sikit.
      Pokok sawit tak jejas kena banjir.

      Padam
  4. Risaunya bila air mula naik ni. harap air surut dan yang sekor tu selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujan dah berhenti dua hari, cuma air sungai belum surut.
      JPS buka empangan tasik kat hulu.

      Padam
  5. Allah.. Semoga dipermudahkan urusan wak.. Harapnya cepatlah air surut ye wak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat hari ini air sungai masih bertahan lagi.

      Padam
  6. Bab ni la yang merisaukan...kalau banjir habis segala harta benda, tanaman dan ternakan terbabit kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanaman dan ternakan wak okay selamat semuanya.
      Cuma ada beberapa anak pokok durian kat dusun yang terjejas digenangi air.

      Padam
  7. moga selamat semuanya Allah permudahkan n lindungi drpd sebarang musibah yg diingini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 begitulah.
      kemarau dan tengkujuh silih berganti.
      Semuanya ujian dan kehendak Allah jua

      Padam
  8. moga masalah banjir ni akan cepat berakhir ye wak...
    kebun wak tu kalau kene air rosak tak pokoknya wak?
    kampung dana tanah gambut tak pernah air naik macam kt kebun wak tu... kalau hujan lebat pun becak jelah lepas tu cepat sangat air surut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat wak ni kalau banjir lambat surut sebab air dari empangan tasik turun. Pokok sawit kalau kena banjir tak jejas, malah bertambah subur selepas air surut.

      Padam
  9. Beberapa kawasan di JDT sudah mula banhir kan Wak.Hujan dah mula turun berterusan sekarang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawasan kampung wak ni tak kena banjir.
      Cuma kampung2 bersebelahan yang berdekatan sungai kenalah.

      Padam
  10. Moga urusan wak dan keluarga dipermudahkan. Aamiin...

    BalasPadam
  11. Harap2 hujan tak berterusan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ini ada hujan gerimis aje.
      Tapi air banjir masih lambat surut.

      Padam
  12. Semoga semua ternakan wak selamat dan di permudahkan urusan . Hati-hati musim hujan sekarang, sini dah 3 hari hujan berturut-turut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujan kat JDT dah berkurangan
      Dia melerah kat Kelantan pulak.

      Padam
  13. Semoga diberi sebaik baik pelindungan dari Nya.

    BalasPadam
  14. Semoga WP serta ahli keluarga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi selalu hendakNYA. Semoga warga johor yang terlibat banjir juga tabah dan banyak-banyak bersabar.

    Sabtu dan Ahad lepas kawasan Seremban area Mrs. A pun sama hujan dari pagi sampai ke malam. Tapi alhamdulillah tiada kejadian banjir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banjir di JDT kali ni kira hebat juga terutama kat Kota Tinggi, Mersing Dan Kluang. Hujan lebat bersaing dengan air laut pasang besar.

      Padam
  15. Musim hujan, harapnya semua selamat..

    BalasPadam
  16. Meridaukan juga bil lihat air Naik. Harap xde apa2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah surut sikit.
      tapi masih banyak kampung yang ditenggelami air.

      Padam
  17. Allah hu akbar, Dia lah yang maha mengetahui..semoga cepat surut ya..banyakkan sabar dan mohon tak putus berdoa pada Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ujian Allah
      Semoga kita lebih mengingati kebesarannya.

      Padam
  18. Air dah naik.. semoga semuanya selamat..

    BalasPadam
  19. smoga smuanya kembali pada sedia kala

    BalasPadam
  20. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam