Setiap hari minggu, hasil-hasil pertanian dari kebun "Warisan Petani" akan dihantar ke pasar tani di pekan berdekatan untuk dipasarkan. Hasil-hasil kebun biasanya dituai pada hari tersebut dan terus dipasarkan untuk mengekalkan kesegarannya. Kebanyakan hasil yang dipasarkan adalah tanaman sayuran kampung dan pisang. Sekiranya musim buah-buahan, hasil dusun juga dipasarkan di sini.
Isi nangka madu.
Bunga kantan
Serai
Isi nangka muda.
kelapa biji
Tempe
Buah ubi badak
Ubi kayu
ubi keledek
Ubi keladi mawar
Buah jagung madu
Tempoyak
Rebung buluh betung
Batang keladi
Belimbing buluh
Kacang botor
Terung telunjuk
Pegaga
Pucuk belinjau
Pucuk ubi pulut
Pucuk cekur manis
Pucuk ulam raja
kangkung kampung
Pucuk keledek sayur
Daun dan bunga kunyit
pucuk tenggek burung
Pucuk semangkuk
pucuk turi
Sawi bunga
Serai kayu
Jantung pisang
Pisang sayur (jari buaya)
Pisang 40 hari
Pisang kapas
Pisang nipah
Pisang tanduk
Pisang lemak manis
Pisang rastali
Pisang nangka
Pisang berangan.
Perniagaan hasil pertanian di pasar tani hanyalah aktiviti sambilan yang dijalankan seminggu sekali.
Hasil titik peluh sendiri yang dipasarkan terus kepada pelanggan yang berminat. Kebanyakan pelanggan yang membeli hasil kebun "Warisan Petani" biasanya adalah pelanggan tetap yang berminat dengan sayuran-sayuran kampung, ulam-ulaman, pisang dan buah-buahan bermusim.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan