Sabtu, 2 Januari 2016

Pokok Dedalu

Selamat Tahun Baru dan Salam bertani.

Pokok dedalu merupakan sejenis tumbuhan parasit yang hidup menumpang pada pokok lain. Akarnya akan masuk ke dalam batang pokok  perumah dan menyerap makanan dari pokok tersebut. Dedalu merupakan tumbuhan perosak kerana ia akan menyebabkan dahan pokok perumah menjadi tidak subur dan akhirnya akan kering dan mati. Pokok dedalu yang menumpang pada pokok buah-buahan perlu dibuang semasa kecil lagi kerana ia akan menyebabkan pokok buah-buahan yang kita tanam kurang subur dan kurang mengeluarkan  hasil.



Anak pokok dedalu yang baru tumbuh di ranting pokok kopi.


Bonggol pokok dedalu yang melekat pada ranting pokok.


Pokok dedalu yang tumbuh pada batang pokok.


Sepohon pokok dedalu.
 Akarnya menembusi dahan pokok perumah.


Pokok dedalu yang melekat pada dahan pokok asam kundang.


Bonggol pokok dedalu yang melekat pada dahan pokok perumah.


Sepohon anak pokok dedalu yang tumbuh menumpang pada ranting dokong.


Pokok dedalu yang menjadi parasit pada pokok dokong.


Pokok dedalu menumpang pada pokok kopi.


Pokok dedalu menyebabkan pokok perumah menjadi kurus.


Pokok dedalu menumpang pada pokok pulasan.
Dahan pulasan menjadi kering dan mati.


Perbezaan daun pulasan dan daun pokok dedalu.


Pokok dedalu tumbuh pada dahan kopi.


Perbezaan antara daun dedalu dan daun kopi.


Pokok dedalu sedang berbunga.


Bunga pokok dedalu.
 Bunganya mengeluarkan spora yang mudah membiak degan bantuan angin.


Lagi bunga pokok dedalu yang sedang mengeluarkan spora.


Pokok dedalu dewasa yang hidup di dahan pokok dokong.


Sepohon lagi di dahan dokong.

Pokok dedalu perlu dihapuskan dengan cara memotong dahan pokok perumah tempat ia menumpang.
Pokok dedalu cepat membesar dan mudah membiak serta mengancam kehidupan pokok tanaman sekiranya tidak dikawal.
Walau bagaimana pun, pokok dedalu sebenarnya ada nilai perubatan tradisional. Ia dikatakan mampu menjadi penawar bagi penyakit barah terutama penyakit barah tulang dan barah payu dara.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan